Saturday, July 23, 2011

Jelas Polis telah melanggar Mat Sabu,


Mat Sabu dilanggar, laporan portal berita bercanggah


DALAM isu dakwaan bahawa Mat Sabu dilanggar oleh Polis, kalau dilihat terdapat dua versi cerita yang berbeza dan sedikit bercanggah. Satu berita dari portal The Malaysian Insider, manakala satu lagi dari Malaysiakini. Rujuk link-link ini [Malaysian Insider] dan [Malaysiakini].

Secara ringkasnya, jika ada dua berita yang bercanggah, maka ini menimbulkan tanda tanya. Siapa yang berbohong? Adakah The Malaysian Insider, Malaysiakini, atau Mat Sabu sendiri yang berbohong?

Laporan The Malaysian Insider, adalah berdasarkan bahan bertulis, iaitu email yang diterima oleh wartawan portal tersebut dihantar oleh YB Sivarasa. Manakala Malaysiakini mendapat bahan daripada sumber "verbal" hasil interview dengan Mat Sabu sendiri. Dua-dua sumber yang kuat, mempunyai kelebihannya sendiri.

Bagi menyelesaikan kemelut mencari kebenaran hal ini, ReJaM© lihat, kedua-kedua laporan portal berita bebas ini harus diambil kira. Maka jika kedua-dua berita ini benar, jelas sekali Mat Sabulah yang menipu dan beliau harus memohon maaf kepada pihak Polis kerana memberi dakwaan yang salah, iaitu "dilanggar oleh Land Rover".

Bagaimana pun, berdasarkan bukti video pihak Polis, Polis juga telah terbukti melanggar Mat Sabu dengan kereta Proton Waja di hari kejadian itu. Maka isu pokok bahawa Polis telah melanggar Mat Sabu, masih tidak berganjak cuma terdapat salah faham antara Land Rover atau Kereta Proton Waja [Video Penuh Polis].



Penyelesaiannya, salinan report polis yang dibuat oleh Mat Sabu akan mendedahkan kebenaran di dalam hal ini. ReJaM© akan cuba dapatkan salinan tersebut untuk tatapan anda semua.

ReJaM© "Hakikatnya lutut Mat Sabu dah cedera dilanggar kereta Waja Polis..."


No comments:

Post a Comment