Monday, July 4, 2011

Janji manis Di KELANTAN dan SABAH (+Video DiDalam)


TENOM UNTUNG, SIPITANG MASIH MIMPI?



Saudara Pengarang,
TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana dalam rangka lawatannya jelajah Sabah dalam masa yang singkat, dapat bertemu rakyat di Inanam, Tenom dan Sipitang; di samping menghambur peruntukan yang dinantikan rakyat Sabah selama ini.


Sipitang mendapat RM30 juta untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang yang bagu bagi menggantikan ‘balai antik’ berkenaan, manakala Tenom mendapat lebih RM5 Juta bagi Projek Jalan Raya dan Rumah Panjang Di Kemabong.

Walaupun jumlah peruntukan Tenom begitu sedikit iaitu satu perenam daripada peruntukan Sipitang, namun rakyat Tenom berbangga kerana Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat Kemabong memikirkan masalah rakyat dengan mengutarakan isu prasarana jalanraya dan rumah panjang yang daif.

Mungkin hasrat rakyat Sipitang untuk mendapat Ibu Pejabat Polis hanya menjadi impian kosong sehingga menjelang pilihanraya umum akan datang kerana janji pilihanraya umum Sarawak baru-baru ini belum pun tertunai lagi kerana kekangan ekonomi.

Tetapi RM5 juta adalah jumlah yang bijaksana kerana rakyat Tenom yang merintih akibat kerosakan jalanraya sementara menunggu projek NKRA, mungkin bernafas lega kerana boleh diperbaiki pada bila-bila masa, sama ada melalui ‘Virement’ ataupun ‘Pendahuluan Khas Perdana Menteri’.

Sekurang-kurangnya, penduduk rumah panjang di Kemabong dapat bernafas lega kerana rumah panjang mereka dibaiki dan dinaiktaraf; namun mereka mungkin berharap agar rakyat Kemabong menerima nasib cemerlang seperti penduduk Kampung Katubu dan Sumambu yang mendapat Bekalan Elektrik solar percuma sepanjang hayat hasil kebijaksanaan Ahli Parlimen mereka.

Salam Hormat,
KALAWON KATUBU

Di Kelantan : 


Video-Kalau BN Menang,Esok Ambo Buat Stadium Baru....

Janji manis najib untuk bina sebuah stadium baru dikecam hebat oleh rakyatkelantan dan penyokong The Red Warriors sendiri.Para peminat dan penyokong Red Warrior amat kesal kerana pihak KAFA mempergunakan pasukan red warrior  ke dalam kancah politik UMNO/Barisan Nasional melalui tindakan KAFA menganjurkan program khas dalam Karnival Red Warrior bersama Najib di Machang kelmarin.

Alamat laman facebook tersebut boleh dilayari dihttp://www.facebook.com/pages/Kami-Tidak-Rela-Menukar-Negeri-Kami-Dengan-Stadium-Bola-Sepak/112486435511344

No comments:

Post a Comment