Wednesday, July 13, 2011

Jahanam punya 'pakturot', 'ranap imej negara' di mata dunia !

Bombastik ? Tak perlulah. Kosmetikkan semula ? Lagi tak perlu. Jujur aku kata, aku SETUJU. Aku setuju bahawa imej kerajaan UMNO dimata dunia kini telah ranap sama sekali. 

Jika diukur dari sudut adatnya, ranapnya kerajaan UMNO itu umpama terpelosok jauh ke dasar kaki rakyat marhaen yang hidupnya ramai melata 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, " malah tapak kaki seorang pemuda ini (foto kiri), lebih mulia dari wajah dan aksi 'pura-pura' Patriot yang hanya tahu makan 'tosey' memboroikan perut. 

Ramai-ramai menteri, macai ini saja yang berada dijalan yg betul. Betul sangat apa yang dia kata. Ranap ! Siapa mula bagi ranap? Apakah macai ini juga seorangmelayu mamak yang mudah lupa ? Jika lupa, elok suruh dia balik Jitra, tanya orang tua uzur yang namanya 'pandykutty Oh..Laa..Laa..itu !' Dia ada jawapan tentang RANAP !

Foto dikanan - Patriot kaki rusuh negara !


RANAP IMEJ NEGARA SEKELIP MATA

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu ternyata berjaya meranapkan imej negara di mata dunia dengan sekelip mata biarpun usaha untuk membina nama baik itu dibuat sejak sekian lama.

Mukhriz Mahathir berkata, walaupun kejadian itu berlaku dalam tempoh satu hari, tetapi kesannya berpanjangan kerana setiap kejadian buruk yang berlaku amat mudah meresapi pemikiran masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk memperbaiki imej negara dan memulihkan kembali persepsi masyarakat antarabangsa segera dibuat walaupun diketahui ia agak sukar dan memakan masa agak lama - Agensi / albanjarionline 

Kat bawah ni baru Bombastik bro!!!


No comments:

Post a Comment