Wednesday, July 13, 2011

Indeks Bursa Malaysia melonjak menjelang Bersih


PETALING JAYA: Indeks komposit Bursa Malaysia melonjak pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, yang menunjukkan kepercayaan dan keyakinan pelabur, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan Bersih, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran
perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk,” kata Pua dalam satu kenyataan.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, indeks itu meningkat kepada 1594.74 mata, sehari sebelum perhimpunan aman Bersih 2.0, berbanding 1582.35 mata empat hari sebelumnya.
Ia sekaligus menafikan dakwaan bahawa himpunan aman itu, membawa kerugian kepada peniaga dan menakutkan pelabur.
Sebaliknya, kata  Pua, tuduhan kononnya himpunan itu menyebabkan peniaga mengalami kerugian RM100 juta, hanya mencerminkan kedangkalan.
Justeru, katanya, indeks Bursa jelas menunjukkan prestasi ekonomi yang tidak terjejas akibat penyertaan orang ramai dalam sebuah perhimpunan aman.
“Malah jika polis memberikan kerjasama kepada Berih, perniagaan di pusat Bandar tentunya meraih keuntungan dan menggalakkan pelancongan dalaman,” kata beliau. KD

No comments:

Post a Comment