Wednesday, July 20, 2011

Enakmen Hiburan: IKIM senada dengan Kedah, Umno bacul dengan MCA, Gerakan

WarkahDaily – Hipokritnya Umno termasuk media arus perdana kini terserlah apabila menunggu masa untuk menyerang kerajaan negeri Kedah berkaitan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang pada awalnya digubal oleh kerajaan BN tetapi tidak dilaksanakan kerana bimbang hilang undi pengundi bukan Islam.

Kini bila Kedah diperintah Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai PAS telah memutuskan untuk melaksanakan enakmen berkenaan, namun ia menjadi kontroversi apabila dilaporkan sebahagian pemimpin DAP menentang pelaksanaan itu.

Dalam Barisan Nasional, MCA dan Gerakan turut lantang menentang enakmen berkenaan dilaksanakan padahal sebelum itu, enakmen berkenaan diluluskan oleh kerajaan BN pada tahun 1997.

Apabila ianya diperdebatkan oleh umum, kerajaan Kedah telah memperhalusi ruang lingkup pelaksanaan enakmen berkenaan. Padahal sebenarnya, pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di bulan Ramadhan itu
dikenakan ke atas orang Islam sahaja dan tidak kepada bukan Islam.

Umno yang bersahabat dengan MCA dan Gerakan mula membuka mulut konon PAS yang memerintah Kedah takut dan tunduk kepada DAP kerana membatalkan pelaksanaan enakmen berkenaan. Padahal bukannya membatalkan seperti yang disangka bahkan ianya diperhalusi pelaksanaannya.

Namun cerita sebenar telah digelapkan media-media barua Umno semata-mata mahu mengenakan PAS dan PR.

Sebenarnya Umno pengecut dengan MCA dan Gerakan

Kerana sudah lama memerintah, kini Umno semakin menunjukkan kenyanyukannya apabila tidak sedar bahawa enakmen yang cuba dilaksanakan kerajaan Kedah itu rupa-rupa digubal ketika zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN. Namun kerana pengecut dan dayusnya Umno terhadap MCA dan Gerakan, maka enakmen itu sekadar jadi hiasan semata-mata sehingga kini.

Tapi kini pandai pula mereka yang pondan ini bersuara PAS takut dengan DAP sehingga terpaksa akur dengan desakan DAP.

Ini kebodohan pemimpin Umno yang pada awalnya nak mengenakan PAS dan PR tetapi akhirnya terludah di muka sendiri. Yang pengecut, bacul dan dayus adalah Umno selepas digubalnya enakmen berkenaan namun tidak dilaksanakan kerana takut hilang undi bukan Islam.

Inilah wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam. Mereka sanggup menjualnya dengan harga yang murah kerana mahu keuntungan yang sementara di dunia. Kerana pemimpin seperti inilah, Islam semakin ditindas, semakin ditinggalkan oleh masyarakat.

Anda yang menyokong Umno-BN turut terpalit sama kerana saham anda yang mengundi untuk memenangkan Umno-BN menjadi kerajaan sehingga Islam tidak lagi dihormati.

IKIM pun senada dengan kerajaan Kedah

Dipetik dari The Malaysian Insider, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata Islam menuntut agar hak penganut agama lain tidak dinafikan termasuk semasa bulan Ramadan.

“Kita harus menghormati antara satu sama lain, bulan Ramadan adalah bulan keemasan, bulan ibadah, bulan yang sangat mulia dan istimewa.

“Sudah pasti... tapi hak agama lain itu kenapa nak dinafikan, kita harus menghormati antara satu sama lain,”
katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan di sini.

Beliau juga berkata Islam menuntut umatnya agar sentiasa menghormati penganut agama lain memandang ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang sekali lagi pemimpin Umno ditempelak apabila KP IKIM juga senada dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan Kedah berkaitan Enakmen Hiburan di bulan Ramadhan itu.

Kerajaan Kedah telah bersetuju untuk melaksanakan enakmen berkenaan ke atas orang Islam sahaja dan membenarkan bukan Islam dengan amalan mereka selagi tidak mengganggu ibadah orang Islam di bulan Ramadhan.

Bukan seperti apa yang dilaporkan media barua Umno, konon kerajaan Kedah terpaksa akur dengan DAP yang mendesak agar enakmen berkenaan tidak dilaksanakan kerana menyekat mereka untuk berhibur.

Hipokritnya Umno dengan kesempatan menangguk di air keruh membohongi masyarakat semata-mata mahu memburukkan PAS dan PR.

Media arus perdana yang hanya menjadi pelapor fitnah itu tidak pula meminta kerajaan yang diperintah Umno-BN untuk melaksanakan enakmen berkenaan di negeri mereka.

Jangan hanya sibuk dengan kerajaan PAS dan PR tetapi cubalah cari peluang buat pahala pulak dengan meminta kerajaan pimpinan Umno-BN untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan di negeri mereka.

Kenapa tak mahu buat di negeri hangpa, takut dengan MCA dan Gerakan ke? Sahlah pemimpin Umno dan barua-baruanya pengecut, bacul dan dayus selama ini. Hanya berani dengan PR tetapi bacul dengan MCA dan Gerakan. Konon BN dikawal Umno tetapi bila nak melaksanakan enakmen berkaitan kesucian bulan Ramadhan, tak pula berani berhadapan dengan MCA dan Gerakan. Umno memang bacul!


No comments:

Post a Comment