Saturday, July 16, 2011

Enakmen hiburan: Apa nak kecoh, semua Adun dah sokong!

WarkahDaily – Rasis ke perkauman ke tolak ke tepi yang paling penting, semua Adun di Kedah sokong termasuklah Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dari DAP. Adun BN pulak malu muka terpaksa sokong jugak. Baca laporan Harakahdaily di sini.
Apa nak kecoh sangat, sampai ada yang kata MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak buat keputusan terburu-buru, ada yang kata MB Kedah tak patut buat keputusan menutup semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini.









Yang paling sadis, ada dakwaan konon MB Kedah dilihat cuba menindas pihak yang terlibat dengan keputusan larangan itu kerana sekadar memberi notis tak sampai 3 minggu. Lihat dari mata kasar, memang nampak kejam kerana tak beri peluang pihak terlibat membuat persediaan awal.

Dulu tak timbul isu ini, kenapa harus sekarang? Kenapa tiba-tiba keputusan dikeluarkan?

Dah berapa tahun dah Kedah ditadbir Pakatan Rakyat (PR)? Dulu ada pihak berkata, PR Kedah jangan terburu-buru sangat nak tutup itu, nak tutup ini, nak laksana itu, nak laksana ini.

Aku teringat dengan kata-kata Ust Azizan Razak ketika awal pemerintahannya, beliau tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan dasar PAS dalam pentadbirannya. Dengan maksud lain, bukan sesuka hati beliau nak tutup pusat hiburan, nak laksanakan hukum Islam di negeri itu. Semua ini kerana ada pihak tertentu yang cuba memprovok, bila lagi nak laksana Islam dengan niat untuk mengenakan PAS yang memperjuangkan Islam.

Sekarang, mungkin bagi MB Kedah, sudah sampai masanya beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim yang mempunyai tuntutan kepada agamanya untuk melaksanakan apa yang dirasakan patut.

Dengan kehadiran Ramadhan yang tak berapa lama lagi, sudah pasti MB Kedah dilihat cuba mengambil peluang ini untuk mendidik rakyat akan kemuliaan Ramadhan. Dulu mungkin belum sampai waktunya lagi (waktu peralihan) tapi kini dirasakan ianya adalah waktu yang sesuai dengan harapan, orang bukan Islam dapat mempelajari selok-belok berkaitan Islam dan umatnya.

Jangan rasa kita sorang je reti, orang lain tak reti dan tak berhemah. Kita kena fikir, tentu ada sebabnya enakmen berkenaan diwartakan kerajaan Kedah. Jangan cepat sangat melatahnya. Nanti orang cakap kita tak cerdik, hangpa marah pulak.

Kalau dulu Umno yang wartakan tetapi tidak laksanakannya (hipokrit). Tapi kini MB Kedah cuba ambil peluang untuk melaksanakannya apa yang sudah diwartakan.

Jadi apa yang dikecohkan. Bagi orang Islam, itu adalah sebaik-baiknya. Bagaimana para sahabat nabi SAW yang mendengar ayat Allah yang turun kepada nabi berkaitan pengharaman minuman arak kepada orang Islam. Ketika itu ada para sahabat yang dikatakan peminum tegar sehingga ada beberapa tempayan yang dipenuhi arak anggur yang di rumah mereka.

Namun, kerana ayat pengharaman datang, tanpa mereka ada persediaan untuk berhenti ketagihan arak, mereka terus menuang arak yang disayangi mereka ke longkang-longkang (membuangnya).

Bagi yang non-Muslim yang mahu hiburan, kenalah bawa bertenang kerana kerajaan bukan bertindak kejam seperti yang disangka. Di sana kerajaan negeri ada menyebut kelonggarannya yang diberikan kepada non-Muslim.

MB Kedah kata, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya kelmarin dipetik dari The Malaysian Insider. Baca di sini.

Jadi pandai-pandailah buat perbincangan dengan pihak berwajib. Islam itu cantik. Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain menjalankan amalan agama mereka.

Kalau ikut realiti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semua sokongan enakmen berkenaan dan mungkin segelintir kecil sahaja non-Muslim (yang suka hiburan) yang tidak tidak sokong . Jadi usahlah diperbesarkan. Itu semua sekadar teknikal sahaja yang boleh dibawa berbincang dan bukannya dengan aksi ‘serang-menyerang’.


No comments:

Post a Comment