Tuesday, July 19, 2011

Bongkar penyelewengan daftar undi SPR seterusnya

Satu lagi penyelewengan dibongkarkan selepas berpuluh penyelewengan yang sudah-sudah dikeluarkan sebelum ini. Kali ini, nampaknya pemegang kad pengenalan lama bernombor H0871728, memiliki dua nombor mykad (700420-12-5991 dan 700420-12-6003) dan dua nama yang hampir sama iaitu HOSNI BIN RAJA danHUSNI BIN RAJA.


Apa yang paling penting, makhluk ini memiliki dua alamat yang berbeza yang membolehkannya untuk mengundi lebih dari satu kalpada pilihanraya umum nanti. Inilah yang dipanggil makhluk celaka, jadi kambing lagi baik!



Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan MiLo SuaM, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiriklik sini [SPR].

Tambah menguatkan lagi penyelewengan ini, hasil semakan di laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara membuktikan bahawa nombor kad pengenalan 700420125991 yang tertera di atas adalah tidak wujud. Nombor tersebut adalah nombor hantu atau toyol tak percaya sila semak sendiri, klik sini [JPN]

Terlalu banyak bukti penyelewengan di dalam daftar undi SPR telah dibongkarkan. Jika SPR masih tak mahu menggunakan cap jari kekal seperti yang terdapat di dalam tuntutan BERSIH 2.0, bagi mengelakkan orang yang sama mengundi dua kali, maka BERSIH 3.0 wajib dilaksanakan! BN nak kata perhimpunan haram pergi mati sama dia!

ReJaM© "Kalau pilihanraya boleh tumbangkan BN, dah lama pilihanraya diharamkan!"


No comments:

Post a Comment