Friday, July 1, 2011

Blogger UMNO : Nilai video ini - apa yang anda fikirkan?

Cuba kita lihat video ini. Cuba kita lihat masyarakat Cina yang dahulu kita momokkan akan hanya mementingkan perniagaan dan pasti akan menyokong kerajaan. Ini bukan kenyataan www.umno-reform2.com. Ini pernah disuarakan oleh Dato Fuad bin Hassan -  Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan dalam satu program Teh Tarik bersama YB yang pernah kami sanggah sebagai pandangan usang dan lama.
www.umno-reform2.com percaya video mengenai persepsi Dato Fuad itu ada dalam simpanan penganjur. Apa yang mahu disampaikan adalah betapa jauh ke belakang dan tertinggalnya kita dalam membuat pengiraan senario yang ada. Masyarakat Cina juga kini sudah bangkit – sudah berani mempersoalkan hak mereka, sudah berani berdepan dengan polis dan sudah berani masuk penjara dan lokap. Mereka bukan lagi – asal ada untung mereka akan diam, asal ekonomi baik mereka akan sokong kerajaan – BUKAN..BUKAN..BUKAN  -  tuan JASA.

Hari ini – bukan semalam dan JASA mungkin masih tertinggal dalam persepsi lampau yang tidak menguntungkan kerajaan. Lepaskan pemikiran lalu – ini Malaysia yang baru dan kita perlu berdepan dengan cara dan taktik baru dalam memastikan apa yang mahu kita capai terlaksana. Rancangan perang psikologi – media siber dan cara berdepan perlu progresif dan cara lama akan hanya menimbulkan kebencian.
Dalam video ini www.umno-reform2.com tidak menyebelahi mereka yang berdepan dengan polis. Polis adalah institusi yang perlu kita hormati tetapi apa yang kita lihat hari ini – mereka sudah berani berdepan dan situasi mereka berdepan dengan polis – bukan merosakkan imej mereka tetapi menjadikan mereka seolah-olah JEBAT yang dihormati.
Mari kita ulas apa yang kita lihat pada video yang tersiar di www.malaysian-today.net dan program mereka yang dinamakan JOM UBAH Malaysia. Kita lihat dan kita renungkan apa sebenarnya yang pernah dikeluarkan oleh JASA yang kontemporari – yang menyentuh rakyat – yang dapat menarik sokongan. Bandingkan apa yang pernah JASA lakukan dengan pemikir-pemikir JASA yang pernah menghulurkan kad mereka – dengan jawatan pemikir JASA – entah apa yang di analisa dan di fikirkan.
Mungkin Dato Rais Yatim juga perlu melihat apa yang sebenarnya berlaku – kedudukan mereka yang bernaung dengan nama PEMIKIR yang dibayar dengan mendapat rumusan yang jauh ketinggalan dari ortodoks. JASA – sebenarnya tidak boleh hanya memikirkan – melihat dari kaca mata sempit – hari ini untuk hari ini dengan rumusan lama yang ketinggalan. Kita analisa cara video ini diterbitkan – kita lihat kesan dan apa yang sebenarnya mahu disampaikan.. umno-reform2

No comments:

Post a Comment