Thursday, July 14, 2011

Blogger pakatan tidak terlibat dalam sebarang konspirasi kematian ataupun cincin rosmah.

Entry neh entry sekaligus. Mudah bagi aku. Tak payah susah2 nak jawab dalam banyak2 entry sedangkan aku boleh je menjawab sekaligus. Isu pertama aku nak ulas ialah isu konspirasi terancang yang dituduh oleh papagomo mengenai isu kematian pendemo bersih iaitu arwah baharuddin ahmad. Sebenarnya apa yang ditulis oleh papa gomo tidak salah sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama tidak pula mewakili situasi yang sebenar.

Tidak salah apabila papa gomo mendedahkan bahawa orang yang meninggal ialah orang lain. Itu memang betul. Terdapat ralat bahawa berlaku salah faham sehingga gambar dan video suhardi mohd ditafsirkan sebagai arwah baharuddin ahmad. Berlaku situasi tersebut adalah disebabkan begini ;

1. Mereka tidak tahu nama sebenar dan wajah sebenar arwah yang terkorban. TPU telah menulis dengan jelas di description video bahawa lelaki dalam video ialah suhardi mohd. Namun ramai yang anggap suhardi mohd = insan yang meninggal dunia sehingga di mainkan di pelbagai blog samada blog pembangkang ataupun blog peribadi. Ini terjadi kerana selain dari TPU, ada orang lain yang terlebih dahulu upload video terbabit dan salah anggap. Namun papa gomo cuma nampak TPU je yang upload video terbabit, kenapa?

2. Selepas itu, beberapa individu yang tahu hal sebenar telah menerangkan beberapa kali di beberapa tempat samada di fb, di blog, di forum bahawa individu yang meninggal ialah sekian2 nama ini, dan sekian2 ini gambar nya. Malahan sebelum papa gomo menulis tentang entry konspirasi sekalipun.

3. Apa yang berlaku ialah salah faham. Itu sahaja. Sebab itu mereka yang terlibat [walaupun bukan kesemua tetapi pihak pas personally telah memohon maaf. ] telah memohon maaf. Simple. Tiada apa2 konspirasi. Soal samada suhardi sakit [gila], di ugut bunuh, berlakon dan segala bagai sepertimana yang dituduh oleh papa gomo biarlah dia mengemukakan bukti. Aku pun taktahu benda neh betul ke tak betul. Kalau korang tanya aku, aku cenderung untuk tidak mempercayai penulisan papa gomo. Itu je.

4. Sebenarnya ramai yang taktahu yang TPU upload video nya di youtube 2 hari selepas bersih iaitu pada hari isnin [tak silap aku] di mana pada ketika itu ramai dah tahu bahawa lelaki dalam video terbabit bukan lah individu yang telah meninggal dunia.

5. Salah faham sudah berlaku. Tetapi yang penting berani kah kita menghadapi salah faham, bertanggungjawab dan meminta maaf? Kalau salah, elok mengaku salah je. Ini nasihat aku kepada blogger pembangkang yang dah salah faham bahawa suhardi mohd ialah individu yang di sangka telah meninggal dunia. Dan banyak kali gak aku nampak berlaku salah faham dalam blogger umno. Cenderung untuk mengaku salah tue belum pernah aku lihat. Heh.

6. Dalam masa yang sama papagomo tak sepatutnya melebih2. Dia boleh je membenci pakatan tetapi mesti benci atas perkara yang benar. Dia pun boleh je menulis pasal suhardi tetapi biarlah menulis berdasarkan hal yang benar. Kenapa pula gila + 2 isteri + Alarqam + menjadi imam + berdoa = menjadi punca untuk memperlekehkan dia? 

Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu bahawa orang lain anggap dia sudah meninggal dunia sehingga memainkan video dan gambar2 nya. [Nota : gila + 2 isteri dan lain2 yang papa gomo tulis, aku tulis di sini semula berdasarkan persepsi papa gomo bukan berdasarkan kepada fakta dan kejadian sebenar kerana aku sendiri tidak tahu bahawa ia adalah perkara yang benar ataupun tidak kerana aku tidak mengenali pakcik suhardi mohd. Harap maklum]

7. Point paling penting ialah pendemo bersih tidak dibayar rm200 ke apa ke. Aku lupa siapa yang cakap benda tue tapi tak silap aku yang bercakap tue lelaki dari kalangan pemuda umno kan? Dan dia cakap perempuan [peserta demo] dalam penjara yang bagitau dia kan?Adakah penjara lelaki + perempuan = satu sel yang sama? Kat sini aku siyes tak faham. By the way kalau sungguh dibayar boleh aku tahu aku nak claim kat mana sebab aku pun pergi demo bersih dan aku mahukan rm200 neh. Bolehlah buat lepas aku yang sesak tengah2 bulan neh.

Isu kedua pula isu pasal cincin rosmah. The unspinner memang kaki spin walaupun nama blog dia sebaliknya. Dia mengulas isu cincin yang dipakai rosmah tetapi sikit pun dia tak sangkal bahawa rosmah ada atau tiada cincin tersebut. Soal harga cincin konon nya tidak relevan + penghantaran pula yang dia kupas, sedangkan isu pokok ialah ;

1. Ada atau tiada rosmah mansur memiliki cincin jacob dari yahudi yang orang umno sepatutnya benci? Untuk makluman aku tidak benci yahudi. Sebab itu aku guna facebook dan beli laptop yahudi.

2. Ada atau tiada rosmah mansur tidak membayar cukai ke atas barangan tersebut?

RPK telah membidas the unspinner dalam blog nya sebentar tadi. Sememangnya the unspinner salah faham bahawa dia fikir RPK yang mendedahkan isu cincin tue tetapi sebaliknya RPK hanya memberikan link dari forum lowyat. Seterusnya boleh baca blog RPK sendiri mengenai hujahbalas kepada the unspinner yang telah menuduh dia bukan2. Yang sebenarnya blog chegu bard lah yang mendedahkan isu neh. Siap dengan bukti lagi. Kenapa yang ini dia tidak mahu kupas?

Persepsi serong sudah tentu timbul apabila melihat angka nilai sebenar cincin terbabit. Ya atau tidak, cincin tersebut milik rosmah dan akan di hantar kepada rosmah? Ya atau tidak paparan printscreen tersebut? Mainkan soal harga yang mungkin dimanipulasikan? Boleh. Tiada masalah. Sebelum itu buktikan dulu bahawa paparan printscreen itu palsu. Kalau paparan printscreen itu adalah benar adakah ada individu lain bernama datin paduka rosmah mansur di malaysia yang juga kaya raya dan mengemari jacob dan co.???

Dan berapa banyak pula orang2 kaya yang mahu mendedahkan kekayaan dan aset sebenarnya mereka kepada umum? Ada sesetengah dari mereka mahu lari dari cukai, ada sesetengah dari mereka tidak mahu diketahui pencuri. Ada yang berani dedahkan tapi belum tentu apa yang didedahkan ialah pendedahan menyeluruh. Oleh itu link2 yang diberikan oleh the unspinner hampir tiada nilai. Contohnya ;

Ada 26 orang kaya. 10 memilih mendedahkan apa yang mereka milik. 16 memilih menyorok apa yang mereka ada. Maka wartawan dan penulis hanya tahu tentang 10 info yang didedahkan, manakala info tentang 16 orang kaya yang lain pula mereka tak tahu. Sapa pula yang nak pergi selongkar akaun bank, rumah orang, mengekori orang2 kaya semata2 nak tahu aset termahal peribadi milik mereka pula? Lainlah kalau mereka merasuah dan segala bagai sudah tentu lah aset mereka jadi pertikaian. 

Macam tue juga dengan rosmah mansur. Disebabkan najib ada beberapa kontroversi yang membabitkan skandal itu ini lah yang membuatkan orang akan alert dengan nama rosmah waima di mana2 sekalipun. Siapa tahu harta sebenar taib? Boleh jadi taib ialah lelaki terkaya di dunia tetapi kerana dia "low profile" orang tidak tahu. Bukan semua orang kaya suka menunjuk2an apa yang mereka miliki. Apatah lagi kalau apa yang mereka miliki itu "benda haram".

Tak mungkin rosmah akan mendedahkan di dunia bahawa dia memiliki cincin termahal di dunia. Melainkan dia bodoh sangat sampai nak pancung kepala sendiri depan2, memanglah dia akan mengaku dengan bangga. Apa pun setelah perkara neh didedahkan chegu bard telah membuat report sprm sepertimana yang didesak oleh ramai orang. Kini terserah kepada sprm, samada nak siasat ke taknak siasat.  

Jangan kita lupa, Rosmah mansur dan najib telah pergi ke luar negara pada bulan april yang mana pada bulan itu juga lah kos lawatan luar [urusan kerja] najib adalah yang paling mahal.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini. Ada atau tiada rosmah mansur masuk kedai jacob dan menempah cincin khas? Ya atau tidak cincin neh milik rosmah? Ini lah yang mahu ditahu. Ini ialah pertanyaan. Tiada sesiapa pun yang menuduh sesiapa. Apa yang sesiapa buat ialah, sesiapa itu nampak sesuatu dan sesiapa itu mahu tahu apakah yang ada di dalam otak nya adalah perkara yang mewakili hal yang benar?

Dalam erti kata lain, adakah rosmah beli cincin USD24.4 = 75juta dari jacob dan bawa masuk tanpa cukai dengan menggunakan duit rakyat?

1. Rosmah : ko ada cincin 75 juta tak?

2. Rosmah : ko bawa masuk cincin dan tak bawa cukai ke?

3. Rosmah : ko beli guna duit rakyat ke?


Ini lah 3 persoalan yang harus dijawab. Bila soalan ditafsirkan sebagai tuduhan maka apakah ayat yang patut kita gunakan untuk membuktikan bahawa kita sekarang sedang bertanya dan mencari jawapan kepada apa yang kita fikirkan tentang rosmah mansur? "Darling rosmah, you ada beli cincin mahal 75juta guna duit rakyat dan tak bayar cukai yer.. nakal lah you neh.. boleh jawab depan rakyat tak samada benda neh benar ke tidak? Hikhikhik... okey." Macam neh, boleh tak?





Ameno : darling rosmah.. pls calling me and give your answer k.. straigth and clear.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/blogger-pakatan-tidak-terlibat-dalam.html#ixzz1S5rOTqNE


No comments:

Post a Comment