Wednesday, July 27, 2011

"Bini Rosmah" diSERANG

KE MANA NAJIB PERGI, PASTI BELIAU TERUS `DI SERANG"


BILA membaca laporan dari Malaysiakini di sini, saya amat bersimpati dengan Najib. Ke mana pun beliau pergi, beliau pasti di`serang' sehinggakan ke luar negara sekali pun.


Di alam siber, Najib seperti terus dipersendakan. Laman Face Book beliau sendiri sudah tidak mampu untuk menguatkan sokongan terhadapnya. Apatah lagi laman Face Book yang sememangnya anti-Najib.


Ini lah kali pertama dalam sejarah negara kita mempunyai PM yang begitu `diserang' oleh rakyat yang semakin celik. Sewaktu era Mahathir dulu, beliau juga turut diserang dengan hebat bahkan pernah dimalukan oleh Al-Gore Naib Presiden Amerika waktu itu ketika Al-Gore melawat Malaysia. Tiada bezanya dengan Najib, dan paling memalukan bila Queen Elizebeth di London sendiri memakai pakaian KUNING sewaktu Najib bertemu dengan Queen Elizebeth.


Ketika zaman Mahathir, era ICT belum meluas lagi. Oleh yang demikian, `derita' Mahathir ketika itu tidaklah seberapa. Berlainan dengan Najib, beliau menjadi PM ketika era ICT agak berkembang luas. Segala pembohongan Najib, tidak sampai satu hari dapat dijawab oleh rakyat samada melalui FB mahu pun blog. Media pencacai mereka pun sudah tidak mampu menjadi pelindung buat diktator ini.


Percayalah, selagi Najib tidak berundur atau diundurkan, beliau akan terus `diserang' dan kesannya sampai kepada isteri tercinta beliau Rosmah. `Menyerang' Najib sama lah juga seperti menyerang Rosmah dan begitulah sebaliknya. Ini adalah kerana rakyat sudah menganggap bahawa negara ini hanya ditadbir oleh dua insan diktator ini./wfauzdin.blogspot.com


DIAMLAH! Najib Ditempelak Di Langit (Alam Siber)

Diamlah, kata pengguna internet pada Najib

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu. -mk

Najib berdepan dengan kenakalan warga internet

Demikianlah realitinya dalam alam internet, apabila ahli politik terpaksa berdepan dengan kerenah warganya yang pelbagai ragam. Setiap hari kewibawaan politikus dicabar dengan informasi dari hujung jari warga internet, satu situasi yang tidak pernah dialami pada zaman di mana media tradisional boleh dikawal menggunakan telunjuk kuasa.

Terbaru, apabila Perdana Menteri Najib Razak memperbarui catatan dalam blognya, disusuli dengan memaklumkannya melalui twitter, dan kemudian di status Facebooknya: Blog terbaru saya menyentuh tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. http://t.co/ho8neN7; seorang warga internet telah meninggalkan komen "Diam lar" di bawah status Facebook tersebut.

Komen warga internet ini dipadamkan oleh admin Facebook Najib Razak, dan tindakan ini telah mencungkil ketidakpuasan warga internet yang lain, yang seterusnya meninggalkan komen untuk mengecam dan mengkritik Najib.

Banyak komen yang ditulis dengan nada untuk menyindir, antaranya "DS, apa harga benar cincin diamond yang Rosmah pakai tu? Siapa bayar?", sementara ada pula yang menyokong pimpinan beliau, "Sudah terbukti kerajaan yg memerintah sekarang adalah kerajaan yg terbaik dan yang bersungguh untuk memberi kehidupan yg baik untuk rakyat.....bersyukurlah dengan kenikmatan dan keamanan yg kita kecapi".

Tidak cukup dengan itu, sebagai reaksi kepada "terpadamnya" komen "Diam lar" itu, satu page bernama "Diam lar!" telah diwujudkan, dan telah memiliki lebih 5,000 orang penyokong dalam masa kurang daripada 13 jam.

Sebelum ini, pelbagai page telah diwujudkan sebagai desakan agar pimpinan kerajaan meletak jawatan, lantaran pendekatan yang keras oleh kerajaan ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0. Sebagai reaksi kepada trend ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah tiga juta orang warga internet untuk menyokong agar Najib Razak dikekalkan.

Satu page ditubuhkan, dengan nama "3,000,000 People Want Najib To Stay", namun hanya disokong 353 orang buat setakat ini (1.19 tengahari, 26 Julai 2011). -MR
Ulasan GB

Demikianlah.

Apabila rakyat semakin meluat, rakyat semakin bosan,
maka tak kira dimana pun, tk mengira apa risiko pun yang dihadapi
rakyat sudah tidak perduli.

DIAMLAH!
Nak kata apa lagi selepas ini Najib?
Rakyat suruh anda diam.
Mungkin diam itu lebih baik kerana semakin banyak anda bercakap, semakin ramai yang meluat dan membenci anda.... fikir-fikirkanlah!

No comments:

Post a Comment