Tuesday, July 5, 2011

BERSIH: Setelah mengharungi Pelbagai Perang Saraf

Kebelakangan ini BERSIH diserang hebat dan dilabelkan dengan bermacam jenis tomahan. Ia dilakukan secara tersirat dan tersurat bagi mewujudkan persepsi bahawa BERSIH merupakan satu badan anti-nasional. Berikut beberapa label agen yang di kenal pasti:-

Agen Komunis
Kecoh media massa cuba mencanangkan bahawa BERSIH mempunyai kaitan dengan komunis selepas beberapa ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan. Komunis merupakan isu sensatif kepada masyarakat Melayu terutamanya. Memandangkan Melayu merupakan golongan majoriti, persepsi ini diwujudkan supaya majoriti Melayu tidak menyokong BERSIH kerana percaya BERSIH cuba meresapi agenda komunis. Lapan tuntutan BERSIH dibisukan. (LINK

Agen Ekstremis
Bertambah kecoh apabila sebuah madrasah dikaitkan cuba menanam sifat benci kepada kerajaan dan mengajar pelajarnya supaya mengulingkan kerajaan melalui demostrasi ala Timur Tengah. Ini bertujuan mewujudkan persepsi bahawa BERSIH terdiri dari peserta yang berfikiran ektremis agama dan benar-benar ingin mengulingkan kerajaan melalui rusuhan ala Timur Tengah. Sekali lagi, lapan tuntutan BERSIH dibisukan. (LINK)

Agen Perusuh
Kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang cuba mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan rusuhan dan bukannya demostrasi aman. Kenyataan mereka seolah-olah mengambarkan bahawa BERSIH ingin mengulingkan kerajaan yang sah melalui rusuhan. Media massa juga berhempas pulas cuba mewujudkan persepsi bahawa BERSIH ingin merusuh dan mengulingkan kerajaan. Lapan tuntutan masih tidak dijawab. (LINK)

Agen Asing
Gambaran bahawa BERSIH agen asing juga dimainkan. Dibangkitkan isu bahawa BERSIH menerima dana dari luar negara. Ini ingin mewujudkan persepsi bahawa BERSIH ibarat didokongi oleh negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan sebagainya. Pemimpin negara juga mengeluarkan kenyataan kononnya negara asing akan 'menakluk' Malaysia jika Malaysia kucar-kacir. Kenyataannya dilihat dapat menguatkan lagi persepsi BERSIH agen asing. Lapan tuntutan BERSIH masih tidak dijawab. (LINK)

Agen Anwar
Kemudian BERSIH digambarkan pula sebagai 'wadah' perjuangan Anwar yang ingin menghuru-harakan negara. Bertujuan untuk melarikan diri dari isu peribadinya. Seperti biasa, 'senjata' propaganda diacu ke arah Anwar seperti kisah-kisah sebelumnya.Mungkin saudara Anwar sudah lali dengan tuduhan mereka. Mereka masih gagal menjawab lapan tuntutan BERSIH. (LINK)

Agen Ambiga
BERSIH diserang bahawa ia adalah agen kepada Ambiga yang beragama Hindu dan anti-Islam. Di sini, unsur-unsur perkauman cuba dimasukkan secara tersurat dan tersirat bagi mewujudkan persepsi bahawa Ambiga merupakan wanita bukan Islam yang merbahaya. Tidak dinafikan soal yang tidak menguntungkan Islam tidak akan dikompromi. Tetapi isu di sini mengenai Hak Mengundi yang tertakluk di bawah Perlembagaan bagi rakyat Malaysia yang cukup umur. Isu dipusingkan, lapan tuntutan dibisukan sekali lagi. (Rujuk demo Gerak Aman)

Agen Penganas
Yang terbaru ialah penemuan senjata, parang dan molotov cocktail yang cuba dikaitkan dengan BERSIH. Ini bagi mewujudkan persepsi bahawa BERSIH sememangnya ganas dan ingin mencetuskan keadaan huru-hara pada 9 Julai. Seperti biasa tuntutan BERSIH tidak dijawab. (LINK)

   Kesemua agen-agen itu dilontarkan kepada BERSIH untuk mewujudkan persepsi bahawa BERSIH merupakan satu pertubuhan yang agak ganas, radikal dan mengangu-gugat keharmonian negara. Apabila persepsi ini berjaya dibentuk, ia memudahkan pihak berkuasa untuk menjustifikasikan tindakannya. Seperti biasa, lapan tuntutan BERSIH masih tidak dijawab. Isu-isu berkaitan keganasan dan sebagainya cuba diketengahkan untuk mengalih perhatian rakyat.

  9 Julai tetap jalan seperti biasa. Walaupun di dalam Stadium - bangsarakyat


No comments:

Post a Comment