Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0, Najib mula terima tekanan dunia


PENTADBIRAN najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dilihat sudah tercalar teruk akibat dari kekejaman pihak Polis yang membelasah rakyat di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, 9 Julai yang lalu.

Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu [Malaysiakini].

Anda semua sebagai rakyat boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri, gunakan akal yang waras. Tiada sebatang rumput pun yang dicabut dengan niat untuk mencetuskan keganasan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 sabtu lalu. Tidak ada pihak Polis yang dijentik oleh rakyat kerana melawan, tapi berpuluh-puluh rakyat tercedera, dan ada yang meninggal dunia. Adakah tugas baru Polis kini untuk membelasah rakyat?


Adakah permintaan rakyat untuk memperolehi pilihanraya yang bebas, bersih dan adil menjadi satu kesalahan di mata Polis? Adakah Polis layak membelasah rakyat yang berhimpun secara aman tanpa senjata?

Lihat di media-media arus perdana, tiada satu pun gambar kerosakan boleh ditayangkan oleh media-media pengampu kerajaan untuk memburukkan imej BERSIH 2.0. Mengapa? Kerana mereka tidak jumpa satu pun kerosakan yang terhasil dari perhimpunan aman BERSIH 2.0 sabtu lalu.


ReJaM© "Rakyat datang berkumpul secara aman, dengan senyuman, kerajaan hantar Polis dan FRU belasah rakyat..."

No comments:

Post a Comment