Tuesday, July 12, 2011

bagaimana dengan golongan anti Hadith dari kalangan ahli-ahli UMNO....

azlanKenapa UMNO nak tolak "HADIS" sebagai hujjah??? Sebagai orang ISLAM sepatutnya dengar dulu , baru ulas SAHIH atau TIDAK dan tegur jika HADIS tu salah.. atau SATIM sendiri tak tau STATUS Hadis. 

Salah kah org bukan ISLAM menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam. Apakah ISLAM itu hanya untuk "MELAYU" sahaja??

ATAU SATIM terpengaruh dengan golongan dibawah ni:

UMNO/BN MENOLAK HADITH

Selain dari secara terang-terangan menolak perintah Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an, Mahathir selaku pemimpin tertinggi UMNO juga telah menerapkan fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku 'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.

Mahathir kata:

1. 'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')

Rumusan

1. Mahathir meragui hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam. Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
2. Mahathir percaya bahawa kerana berpegang kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini berpecah belah.


DUN S'gor kecoh: BN halang ADUN DAP petik hadis
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan, Ng Suee
Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya.

Tindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim (kiri) enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau
meminati agama Islam.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri. 

"Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam.

"Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya.

Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitiviti dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu. 

"Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya. MK 



Bitter Bean ·  Top Commenter
Zahid Abdan: "Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya".. sama juga jika seorang kafir kata kt najib: "kamu juga kafir".. lalu dia baca surah al Maidah:44 untuk MENYOKONG hujah dia.. x bermakna dia perlu beriman untuk berhujah menegur org muslim.. di indon, lebanon, mesir juga ada debat kristian islam mgunakan Al Quran, ktab perjanjian lama/baru. x de pon mufti sana kata x boleh.. Al Quran dan hadis untuk umat manusia, bukan untuk org Islam sj..

Amir Hamzah Bin Amha ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia (UUM)
Inilah yang menakutkan UMNO. Apabila ahli DAP menyatakan beliau 'berminat dengan Islam' dan ingin mendalaminya, tiba-tiba SYAITAN membisik ke hati ahli UMNO supaya dihalang kalimah Allah SWT sampai kepada mereka. Ini bukan warak namanya, HAPRAK! 

No comments:

Post a Comment