Friday, July 1, 2011

Apa kata Blogger UMNO : Pilihan Raya atau jalan raya?


Ini bukan baru – sejak zaman permulaan reformasi lagi persoalan ini wujud. Laungan mengubah kerajaan – pilihan raya atau jalan raya? Ini yang menjadi canang pembangkang sewaktu itu dan ini tidak berubah sehingga sekarang.
Kita jadi pembangkang  
Tidak ada jalan lain mengubah kerajaan adalah melalui jalan raya kata mereka. Ini merujuk kepada cara demonstrasi dan tindakan radikal untuk mendapat sokongan rakyat dan cara menunjukkan kekuatan mereka – khususnya dalam menuntut perubahan di negara kita ini. 
Semuanya bersekongkol dengan kerajaan – SPR – SPRM – Polis – Institusi Kehakiman dan semua jentera kerajaan termasuk media. 
Kita jadi pembangkang – membangkang pembangkang
Kalau mahu mengubah kerajaan guna saluran yang betul – kita ada pilihan raya – kenapa mahu menuntut ke jalan raya. Berdemo dan menyulitkan keadaan. Kalau SPR tidak menjalankan pengundian yang betul – masakan pembangkang dapat menawan beberapa negeri. 
Namun sepanjang perjalanan reformasi – apa yang diajar ialah kalau mereka tidak dapat melakukan perubahan di pilihan raya maka alternatif lain adalah di jalan raya.
Akhirnya semua memperalatkan demokrasi dan demokrasi juga digunakan untuk tujuan tertentu dan apabila di rasa keadilan tidak diperlakukan dengan adil dan tidak memihak kepada meraka - maka mereka akan terus menuntut. Kita pula setakat ini masih selesa dengan video – video – video dengan Datuk Eskay – pakar “recording” se antara dunia -  video tertentu aje tau, namun tidak pernah mencari jalan menyelesaikan mengikuti kehendak rakyat hari ini. - umno-reform2


No comments:

Post a Comment