Wednesday, July 20, 2011

anugerah Ibrahim Ali, Apa kata UMNO???


Ramai yang ketawa – bila dikatakan Anugerah Ibrahim Ali untuk pejuang Melayu. Tidak pula yang mengatakan bahawa mereka hampir pengsan mendengar ia datang di UiTM. Beberapa belas pelajar UiTM menutup muka – malu mendengar ini taraf Universiti tersebut. Mungkin yang meluluskan Anugerah itu untuk diadakan dan di martabatkan dalam konvokesyen UiTM perlu di periksa – mana letak kritis pemikiran mereka – mana letak keintelektualan mereka dalam membuat keputusan
Namun kerajaan dan UMNO bagaimana. SETUJU? Adakah benar itu taraf dan tahap perjuangan yang ada untuk dimartabatkan dengan kepujian. Adakah itu langkah yang bijak – di ketawakan orang dan dipandang lekeh – itu pejuang Melayu?
Banyak yang telah kita dengar – komen dari pembangkang, dari MCA tetapi apa pula kata UMNO. Benar mungkin UMNO sentiasa tersorok dalam membicarakan isu ini. Mungkin PERKASA adalah benar-benar di tubuh dan disokong oleh UMNO. Kalau itu senario yang ada – PARAH MELAYU  - umno-reform2

No comments:

Post a Comment