Monday, July 11, 2011

Angkara Siapa Ni?? : Kepala Khalid Samad Dijahit, Kaki Mat Sabu perlu Dimasukkan Besi



Selain Anwar Ibrahim, pemimpin yang cedera teruk angkara polis ialah Khalid Samad dan Mat Sabu.
Dalam Twitternya Khalid Samad menulis:


Khalid Samad

"Ada (yang) minta gambar 6 jahitan (kepala) saya. Mungkin biasa dengan ahli politik penipu, ingat saya tipu juga kut? Tu BN. PR tak tipu. Kalau terpalit dengan BN, jadi IGP pun jadi penipu. Buat malu je 1 dunia nampak kamu tipu. Kes Mat Sabu lagi dahsyat. Dilanggar dengan Pajero. Macam nak bunuh! Semoga polis dibebaskan dari cengkaman BN, jadi profesional. Jaga rakyat, bukan BN."

Sementara itu, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan polis sebagai ‘gangster’ ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu. Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenal sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalan.


Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.



“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

“Ini hanyalah pengalaman peribadi tapi paling mustahak polis jadi gangster. Bukan jaga keamanan negara tetapi jaga pemerintahan kerajaan dan Umno,”
 katanya yang berkerusi roda dan cedera di lutut kanan dalam sidang media di Dewan Annex ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat.



Mat Sabu menyifatkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan regim yang zalim.

P/s: Regim yang zalim ada tarikh luputnya!


No comments:

Post a Comment