Saturday, July 9, 2011

ADAKAH PINTU STADIUM DIBUKA?


Harakahdaily melaporkan disaat BERSIH 2.0 menghadapi tekanan pihak pemerintah yang menggunakan semua jentera kekuasaan mereka, BERSIH tetap yakin menjelang petang nanti 09 Jul 2011 jam 2 petang, pintu Stadium Merdeka akan dibuka.


Justeru itu, selepas Solat Zuhur di mana-mana Masjid yang berhampiran Ibu Kota, peserta-peserta BERSIH diminta berkumpul di tempat letak kereta Stadium Merdeka. Solat Zohor dirancang awalnya di Masjid Negara, Masjid Jame' dan juga Masjid Kg Baru namun difahamkan kesemua laluan ke Rumah Allah itu telah ditutup oleh rejim Najib.


Tidak dapat dibayangkan sehingga ke tahap itu rejim zalim ini bertindak. Namun, kita harus bersabar dan bersedia untuk meneruskan perjuangan ini. Patuhi arahan pimpinan dari masa ke semasa.

PKR Pahang mengucapkan selamat datang kepada pejuang-pejuang dari luar Ibu Kota yang sanggup bersusah payah tanpa diupah untuk menyelamatkan demokrasi di negara ini. LAWAN TETAP LAWAN. - pkrnegeripahang


No comments:

Post a Comment