Saturday, July 16, 2011

Adakah kita menghampiri revolusi


Topik ini menjadi topik utama dalam media arus perdana. Namun tidak kita nampak sama ada timbul kudis-kudis yang menyeru kepada tindakan revolusi. Kita tidak akan menduga dan mengetahui apa yang akan berlaku tetapi ikhlas – membelakangkan rakyat menjadikan kita secara langsung atau tidak mengundang revolusi.
TIDAK..rakyat Malaysia tidak menghampiri revolusi. Tidak ada sedikit pun tanda-tanda revolusi akan berlaku di negara kita ini. Namun apakah ini menunjukkan revolusi tidak akan berlaku. 
Adakah semua yang ada – sistem pentadbiran, perekonomian serta perundangan sekiranya terencat berterusan tidak seakan menjemput revolusi itu akan berlaku. Banyak negara yang berdepan dengan revolusi tidak menyangka ia akan berlaku di negara mereka tetapi akhirnya ia berlaku kerana – penindasan berterusan dan pengeksploitasi berlaku – antara yang kaya dengan yang miskin. Jurang–jurang antara rakyat ini mampu merapatkan kita dengan revolusi. Persepsi buruk terhadap pemerintah yang berterusan akan dapat mengundang revolusi.
Bagi www.umno-reform2.com revolusi itu bukan perlu disusun dan dirangka dengan segera. Rakyat hanya akan bangkit menyeru revolusi sekiranya suara mereka terhalang serta apabila dilihatnya kerajaan memusuhi rakyat. Persepsi bila mana kerajaan dilihat sebagai tidak pro rakyat dan ditambah dengan rakyat melihat kerajaan sebagai menentang mereka, maka penentangan akan bermula. Apa kata anda – revolusi tidak akan berlaku?  

No comments:

Post a Comment