Tuesday, July 12, 2011

Adakah ini BUKTI "UMNO = Yahudi" ???

http://www.a-w-i-p.com/media/blogs/articles/Articles17/PAL_Flotilla_II_in_greece.jpgNasib Flotilla II sama dengan Bersih 2.0

Oleh Subky Latif

SAYA terharu membaca laporan rombongan misi kemanusiaan ke Gaza dan rintihan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang terkandas di perairan Greece.Bukan saja rombongan pelayaranFreedom Flottila 11 dihalang untuk datang ke Gaza, maka kapal-kapal konvoi yang berlabuh di perairan Greece tidak benarkan oleh kerajaannya meninggalkan pelabuhan mereka.

Ada kapal yang cuba meninggalkan perairan itu tanpa izin kerajan Athen tetapi ia telah dipaksa pulang ke  pelabuhan transitnya.

Rombongan itu mendesak sokongan antarabangsa supaya menekan Greece membenarkan mereka meninggalkan perairannya bagi menuju Gaza, tetapi Greece bertindak tegas tidak membenarkannya.



Reaksi Greece itu adalah atas larangan regim Israil dan apa lagi Amerika adalah menyebalahi Israil. Walau pun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong rombongan kemanusiaan itu, tetapi apabila Amerika memihak kepada Israil adalah sukar bagi Greece yang berdepan dengan krisis hutang sekarang menimbangkan pemergian rombongan Freedom Flottila itu.

Apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan rombongan Flottila di Greece itu sama dengan apa yang dihadapi oleh Bersih 2.0 untuk menyampaikan memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Khiry Jamaluddin dihalang untuk mencabar Bersih 2.0 dan Bersih pula dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur, maka samalah masalah yang dihadapi Bersih di Kuala Lumpur dengan apa yang dihadapi oleh rombongan Flottila di Greece.

Kerajaan Malaysia, UMNO dan sekalian yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di Gaza tidak senang dengan sekatan kerajaan Greece. Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang penting menggalakkan rombongan kemansuiaan itu sudah tentu amat keciwa dengan sekatan ke atas kapal yang tidak bergerak ke Gaza itu.

Semua orang menyokong tunjuk perasaan di kedutaan Greece di Kuala Lumpur membantah tindakan kerajaan Greece. Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib dipercayai bersama semagat tujuk perasaan itu.

Tetapi Dr. Maahathir dan kerajaan Malaysia mengira haram rancangan Bersih untuk mengadakan perarakan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Mereka disekat untuk masuk ke Kuala Lumpur.

Kedua-dua Bersih dan rombongan ke Gaza itu adalah sama-sama menuntut keadilan. Rombongan ke Gaza pergi untuk membawa barang keperluan rakyat Gaza seperti makanan, perubatan dan keperluan binaan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Gaza.

Perarakan Bersih ialah bagi mendapatkan pililhan raya yang bersih dan adil bagi memastikan demokrasi diamalkan sebaik-baiknya dan kezaliman tidak bermaharajalela.

Sikap Israel dan Greece menghalang rombongan kemanusiaan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa kecuali Amerika. Kerajaan Malaysia menghalang kemasukan penyokong Bersih ke Kuala Lumpur yang dunia mengira unjuk rasa itu satu tindakan biasa dan sah.

Dalam hal ini sama saja kerajaan Malaysia dengan Israel dan Greece.
Rombongan kemanuiaan itu dicemburui oleh Israel kerana ia dikatakan mungkin menyeludupkan senjata dan bahan bahaya yang boleh mengancam keselamatan Israel. Pada hal rombongan tidak bercadang untuk berperang dengan Israel. Apa yang mereka mahu ialah memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman Israel.

Bersih disyaki untuk menumbangkan kerajaan Malaysia walau pun sasaran Bersih hanya mahukan SPR yang adil dan telus. Tidak terlintas niat Bersih untuk menggulingkan kerajaan melaluigerakan jalanan.

Malaysia tidak setuju dengan prasangka Israel konon rombongan itu mengancam keselamatan Israil, tetapi kerajaan Malaysia pula bersikap seperti Israel bila ia mengira Bersih bertujuan untuk menumbangkan kerajaan di luar pilihan raya.

Malaysia pula menggunakan taktik Israel kononnya menjumpai barang-barang dari kalangan Bersih yang selalu digunakan dalam perkelahian dan rusuhan. Dari mana polis Malaysia dapat barang-barang itu? Yang nyata ia adalah taktik biasa Israil.

Sampai akhir rombongan kemanusiaan itu tidak dapat membawa muatannya ke Gaza. Mereka yang dari Malaysia sudah pun balik termasuk Khairy.

Sampai akhir polis tidak membenarkan Bersih mengadakan perarakan dan orang-orang dari luar Kuala Lumpur dihalang masuk Kuala Lumpur.

Kedegilan penyokong Bersih sama saja dengan kedegilan rombongan kemanusiaan ke Gaza. Semua sekatan itu cuba ditembusi. Semangat kedua-duanya adalah sama dan sikap Malaysia pula sama dengan Israel dan Greece. DD

No comments:

Post a Comment