Monday, June 6, 2011

Ulama umno sebagai SYAITAN bisu dalam isu video seks. Apa komen menteri agama ini?

[MK] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan perwakilan PAS yang mengkritik ulama Umno dan mufti sebagai "syaitan bisu" kerana diam dalam isu video seks.

Katanya, mereka tidak tidak boleh menghukum seseorang dengan melabelkannya sebagai "kumpulan yang salah atau syaitan bisu".

"Bila kita sebut syaitan (bisu) ini, saya ingat (ia) ungkapan yang tradisi dengan PAS.

"Jadi kita tengok ungkapan-ungkapan ini, saya rasa elok kita jaga adab (dan) akhlak Islam kerana dalam Islam, hanya Tuhan yang menentukan.

"Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," katanya.

Perwakilan dalam muktamar PAS semalam mengkritik tindakan mufti dan ulama dalam Umno yang didakwanya gagal bersuara dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nor Azli Musa yang mewakili PAS Perak menyifatkan golongan itu sebagai "syaitan bisu" dan "lebih teruk daripada syaitan" ketika membahaskan usul mengutuk"fitnah" terhadap ketua pembangkang.

Beliau juga menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah daripada berlaku.

P/s: Takut nyatakan kebenaran la tu...

No comments:

Post a Comment