Dua pimpinan Pakatan ditangkap walaupun tidak memakai baju Bersih
Beliau ditahan ketika tiba di pasar berkenaan dalam operasi mengedar risalah Bersih 2.0, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan polis sungguhpun hanya memakai baju kuning biasa dan bukan baju T Bersih yang telah diharamkan kerajaan semalam.
Turut ditangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang memakai baju T Bersih berkenaan.
Selain itu dua lagi ahli KEADILAN ditahan, Loke Sai Kau dan Johny Tan.
Semalam, polis menangkap 14 individu termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Jalong, Leong Mee Meng di Sungai Siput. - KD
No comments:
Post a Comment