Sunday, June 5, 2011

Subsidi untuk Rakyat Sasaran? IPP dan Pak Menteri Termasukkah?



Najib dalam ucapannya sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa subsidi di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, beliau mengatakan langkah "rasionalisasi" subsidi yang dilakukan oleh Kerajaan BN hari ini untuk memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang sasaran dan sektor yang benar-benar layak? Menarik!

Kita wajib bertanya, jika subsidi itu untuk golongan sasaran, mengapa menteri, timbalan menteri diberikan pelbagai keistimewaan termasuk tidak perlu membayar bil utiliti? Mereka juga menerima pelbagai keumudahan mewah yang lain. Adakah menteri yang memperoleh pendapatan lebih RM50 ribu sebulan (berdasarkan butiran yang didedahkan dalam internet baru-baru ini) termasuk dalam golongan sasaran itu?

Jika subsidi hanya di[peruntukkan untuk sektor sasaran, mengapa kerajaan melalui Petronas memberikan subsidi sekitar RM18 - RM22 bilion kepada syarikat IPP? Tahukah anda jumlah subsidi yang diterima IPP ini menyamai jumlah subsidi yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Untuk rakyat, subsidi itu suatu yang membebankan kerajaan, namun bagi IPP dan golongan VIP subsidi itu suatu kemestian. Jika untuk rakyat bantuan itu digelar subsidi, namun untuk kroni bantuan itu dipanggil insentif dan pelepasan cukai. - DC 


No comments:

Post a Comment