Thursday, June 30, 2011

Speaker: Tian Chua kekal ahli parlimen Batu

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen Batu, kata speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Katanya,
kelayakan Chua hanya lucut jika beliau didenda melebihi RM2,001.



Minggu lalu, Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.


Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.


Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.


Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu. Mk

No comments:

Post a Comment