BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.
“Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.
“Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.
Kehadiran Anwar di Brickfield disambut sebagai perwira Sivaji The Boss
Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.
“Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power(Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya.
“Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah,” ulang Anwar lagi.
Kaum India terus memberi sokongan kepada perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat
Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan.
“Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik,” katanya.
keadilandaily
keadilandaily
No comments:
Post a Comment