Wednesday, June 8, 2011

SAPP akan perangkap Pakatan ?


Sementara negara memfokus ke arah pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat mula bergerak secara aktif untuk membentuk satu gandingan formal dengan parti tempatan di Sabah — SAPP dengan harapan dapat mematahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia timur itu.


Sabah antara negeri yang dilihat masih muncul deposit tetap bagi BN dengan menawarkan 25 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kerjasama dengan Parti Progresif Sabah itu, yang diterajui oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, adalah penting demi merancakkan peluang perikatan tersebut menentang BN dalam pilihan raya umum, yang dijangka dipanggil bila-bila masa.

The Malaysian Insider difahamkan PKR Sabah di bawah kepimpinan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentuk satu pasukan perundingan untuk mengadakan perbincangan dengan SAPP.

DIfahamkan anggota dalam pasukan itu termasuklah ketua cabang PKR Libaran Ahmad Thamrin Jaini, Datuk James Ghani (Papar), Datuk Halik Zaman (Tenom), Christina Liew (Kota Kinabalu), Datuk Kong Hong Ming (Tawau), ketua sayap pemuda PKR Sabah Jafery Jomion dan timbalan setiausaha agung PKR dan ketua cabang Penampang, Darell Leiking.

Kesemua mereka berada dalam majlis presiden khas yang ditubuhkan awal tahun ini.

Anggota lain dalam pasukan itu ialah bekas pemimpin BN dan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Kalakau Untol dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Roland Chia.

Seorang anggota parti memberitahu The Malaysian Insider, anggota pasukan itu akan bertemu hari ini untuk melantik pengerusinya sebelum diadakan perbincangan mengenai penggabungan.

Kata sumber itu lagi, apabila persetujuan dicapai dalam Pakatan Rakyat Sabah, perundingan dengan SAPP akan dimulakan.

Bagaimanapun, jika pilihan raya negeri Sarawak April lalu diambil kira sebagai petanda, kerjasama politik sedemikian boleh berubah rumit ekoran perselisihan pandangan antara Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan SAPP, yang memperjuangkan autonomi bagi Sabah.

Yong didakwa sudah melenting berhubung cadangan tersebut ekoran satu pandangan penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu bahawa parti itu sewajarnya membentuk pakatan formal dan bukan hanya persahabatan politik.


Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mempertahankan pandangan Lim dengan berkata, apa yang diperkatakan itu tidak dikeluarkan dengan niat jahat.

SAPP, kata Wong, mesti menjadi “adik kandung” Pakatan Rakyat, bukannya hanya rakan atau saudara kepada perikatan itu.

Meskipun adanya pertengkaran kecil itu, kedua-dua DAP dan PKR secara terbuka memperlihatkan hasrat mereka dan kesegeraan untuk bergerak ke arah itu sementara SAPP kekal tidak komited setakat ini.

Ketika dihubungi hujung minggu lalu, Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa partinya juga telah membentuk jawatankuasa perundingan untuk membincangkan soal penggabungan.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa kami tetapi tidak mengadakan sebarang perundingan,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa pakatan PKR-DAP-PAS-SAPP tidak akan berakhir seperti yang disaksikan di Sarawak antara Pakatan Rakyat dan SNAP. -Masdarwahid

No comments:

Post a Comment