Syukur kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan sebuah buku yang amat berharga. Walaupun dari segi harga ia lebih kurang sahaja dengan harga majalah picisan yang berlambak di pasaran, tapi nilai ilmu yang terdapat padanya amat berharga. Berharga untuk mematangkan diri dalam beragama. Berharga untuk mengajar diri agar dapat membezakan tuntutan agama dengan warisan budaya. Ia saya ketemui ketika sedang leka menyelak buku-buku yang tersusun di rak buku ketika pulang ke kampung saya di Kelantan Darul Naim. Maaf saya lupa akan judul buku tersebut , sebab ia saya tinggalakn kat kampung. Cuma, yang pasti ia ditulis bersama oleh Dr Asri Zainul Abidin( mantan mufti Perlis dan pensyarah bahagian pengajian islam USM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman (Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Juga Naib Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia), Prof Madya Dr Abdul Kamil Majid (pensyarah di jabatan akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.) dan beberapa orang lagi yang saya lupa namanya. Walau apapun, saya tidaklah berminat untuk mengulas tentang buku tersebut di ruangan yang terhad dan terbatas ini. Cuma, di sini saya ingin menyentuh tentang salah faham terhadap surah yasin yang ‘diimani’ sejak zaman berzaman.
SALAH FAHAM pertama, berlaku beberapa tahun yang lalu di Pantai Merdeka Sungai Petani Kedah. Tika itu, saya bergelar guru praktikum di sebuah sekolah menengah di Kuala Ketil Kedah. Hari jumaat malam sabtu, Sekolah mengadakan perkhemahan unit uniform di pantai merdeka, lalu seorang ustaz mencadangkan agar diadakan bacaan Yassin sementara menunggu masuknya waktu isyak. Tiba- tiba ada satu suara menyanggah dalam diam( tapi dapat didengari). Tak pasti, sama ada suara itu milik guru atau pelajar. Dengan nada mempertikaikan tapi perlahan suara itu tetap kedengaran “ malam ni bukan malam jumaat.”. Itulah salah faham pertama yang saya maksudkan, iaitu menganggap surah Yasin sebagai surah malam jumaat sesudah menunaikan solat maghrib.
Kepercayaan atau fahaman sebegini bermula tanpa diketahui tarikhnya. Tapi, yang pasti ia telah sebati dalam masyarakat kita dan kekal menjadi tradisi zaman berzaman.
Sebenarnya, tiada masa yang khas untuk membaca surah Yasin. Tidak semestinya sesudah maghrib pada malam jumaat( hari khamis malam jumaat), malah boleh dibaca bila-bila masa sahaja kecuali pada situasi dan dilokasi tertentu yang terlarang . DAN pada malam jumaat sesudah maghrib pula, boleh sahaja dibaca surah-surah yang lain dan tidak terhad kepada surah yasin semata-mata.
Di sini, ingin saya tegaskan, tidak salah untuk membaca surah yasin ketika sesudah solat maghrib pada malam jumaat, cuma ingin juga saya tegaskan sesungguhnya tidak juga menjadi kesalahan andainya surah yasin dibaca sesudah waktu solat yang lain dan pada malam-malam yang lain( sebenarnya tidak terhad kepada waktu malam).
DAN tidak juga menjadi kesalahan, andainya surah-surah yang lain dibaca sesudah solat maghrib pada malam jumaat, cuma ia agak menyalahi kelaziman dan saya kira pasti sahaja, ia akan mengundang perseteruan meskipun tak dizahirkan. Jadi dalam soal ini, para imam dan ustaz-ustaz perlulah menegaskan, betapa bukanlah satu kewajipan atau kemestian untk membaca surah yasin sesudah solat maghrib pada malam jumaat. Biar makmum faham dan mengerti. Biar tidak jadi iktikad atau kepercayaan, lepas maghrib malam jumaat mesti baca surah yasin.
Namun saya juga tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang melabelkan amalan membaca surah yasin pada malam jumaat sesudah maghrib ini sebagai bid’ah dhalalah, iaitu bid’ah yang sesat lagi menyesatkan yang menatijahkan neraka kepada pengamalnya.
Namun saya juga tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang melabelkan amalan membaca surah yasin pada malam jumaat sesudah maghrib ini sebagai bid’ah dhalalah, iaitu bid’ah yang sesat lagi menyesatkan yang menatijahkan neraka kepada pengamalnya.
Perlu difahami, surah yasin adalah sebahagian daripada ayat-ayat al-quran dan membaca al-quran pula merupakan satu ibadat yang amat dituntut dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar. Cuma, yang perlu dilakukan dan dijelaskan ialah, memahamkan orang ramai agar mereka tahu ,sesungguhnya waktu sesudah maghrib pada malam jumaat bukanlah waktu mutlak untuk bacaan yasin dan surah yasin juga boleh dibaca pada bila-bila masa dan mana-mana lokasi kecuali masa dan lokasi yang terlarang sahaja.
TENTANG hal ini, ingin saya tegaskan, disebabkan membaca surah yasin sesudah maghrib pada malam jumaat adalah ibadat maka elok dan wajar sekali ia diteruskan. Jangan ditentang dan jangan dihalang, nanti mencetuskan perseteruan yang sia-sia.
JUJUR DAN IKHLAS, mereka yang menyertai majlis membaca yasin ini jauh lebih mulia daripada golongan yang berkaraoke dan berpesta di kelab-kelab malam atau melakukan aksi terlarang baik pada malam jumaat mahupun pada malam-malam yang lain.
Daripada menyibukkan diri menentang orang-orang yang membaca yasin pada malam jumaat, lebih baik anda mendatangi golongan yang parah akhlak dan serulah mereka ke jalan TUHAN.
SALAH FAHAM kedua, pada tahun 2006 ketika dalam perjalan untuk makan malam di Lahad Datu Sabah. Entah mengapa, tiba-tiba radio mengalunkan bacaan surah yasin. Sahabat saya yang memandu kereta dengan penuh berhemah tiba-tiba bersuara. “Ada menteri atau raja-raja yang meninggal ke.”
Ini juga salah satu bentuk salah faham yang telah sebati dan telah lama berakar umbi. Surah yasin dianggap sebagai surah kematian. Bila dibaca surah yasin bererti ada peristiwa kematian.
Memang diakui ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibn Kathir ada menyebut dalam tafsirnya, antaranya membaca yasin ketika seseoarng sedang nazak, nescaya akan memudahkan proses mencabut rohnya. Tapi ini bukanlah bererti ia surah kematian, maksud saya bila berlaku kematian atau hampir-hampir mati barulah dikumandangkan.
Renungilah firman ALLAH “…. DAN kami turunkan sesuatu dari al-quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…” Surah Al-Isra’ ayat 182. Apa itu PENAWAR dan RAHMAT.
Menurut ulama terkenal , Dr Wahbah al- Zuhaily dalam tafsir Al-Munir( kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia):Kedudukan al-Quran sebagai PENAWAR mempunyai dua makna.
Pertama, penawar yang mengubati penyakit hati yang gagal melihat tanda-tanda kebesaran Allah.
Kedua, penawar kepada beberapa penyakit fizikal, iaitu dengan membaca dan menjampi pesakit dengan ayat-ayatnya.
TENTANG penyakit hati , setidak-tidaknya dengan membaca surah yasin ( termasuk surah-surah yang lain) hati menjadi tenang dan tenteram. Kepada yang dilanda kekecewaan rawatlah emosi dan pulihkan kekuatan diri dengan alunan ayat-ayat suci al-quran( jangan pula beli yang cetak rompak) dan rasailah kedamaiannya.
Surah Ar-Rahmaan, contohnya dan pada ayat yang sering diulang pada surah tersebut terutamanya, iaitu Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban (jutaan maaf, huruf arab pada lat top saya bermasalah, lalu terpaksa saya gunakan tulisan rumi w/pn ia tidak elok sebenarnya) yang bererti "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman).
Cuba renungkan nikmat yang Tuhan bagi. Ya, terlalu banyak hinggakan tak terhitung dan tak terjumlah.
Jadi wajarlah kita bersyukur. Janganlah hanya kerana secebis dugaan yang dihadapi, kita menafikan selaut nikmat yang dikurniakan. Kalaulah ayat ini difahami dan dihayati maka tak akan ada orang yang membunuh diri disebabkan putus cinta or cinta tak kesampaian.
SALAH FAHAM seterusnya berlaku pada tahun 2004 di Lawas Sarawak. Tiba-tiba ada sekatan polis, lalu seorang sahabat saya berkata, dia ada ilmu pukau (ayat tertentu dari surah yasin) yang dapat mengelakkan diri dari ditahan polis( saya tak pasti mengapa dia berkata begitu, tapi saya yakin dia sekadar berseloroh).
Namun, terdapat segelintir umat islam yang percaya, dalam surah yasin ada ayat tertentu yang boleh digunakan untuk memukau. Lagi malang memukau untuk tujuan jahat seperti mengelakkan sekatan polis.
Memang ada diriwayatkan ketika menyelamatkan diri dari kepungan pemuda-pemuda kafir quraisy yang ingin membunuh baginda, baginda ada membaca ayat tertentu dari surah yasin sambil mengengam pasir dan ditabur pasir tersebut hinggakan pemuda-pemuda quraisy yang ingin membunuh baginda ‘terpukau’.
Tapi, kalau diperhatikan dengan neraca ilmiah, kita dapati perlakuan tersebut tidak berlaku berulang kali.
Malah dalam peperangan juga tidak pernah diriwayatkan Nabi S.A.W memukau musuh-musuh. Lagi malang, tentera islam pimpinan Rasulullah turut tewas dalam perang Uhud. Kenapa baginda tak pukau jer tentera musuh dengan menggunakan ayat dari surah yasin.
Begitu juga dengan para sahabat, tidak pernah pula diriwayatkan melakukan aktiviti memukau sewaktu proses perluasan wilayah dan penyebaran islam. Kalau tak, sudah tentu Constantinople telah lama ditakluki oleh para sahabat dengan memukau tentera Rom, tapi sejarah telah membuktikan, pembukaan Constatinople berlaku setelah sekian lama baginda S.A.W wafat, iaitu pada zaman Muhammad al-Fatih menjadi pemimpin Turki Uthmaniyah.
Kalaulah ada ayat pukau dalam surah yasin dan surah-surah yang lain, sudah tentu sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar, umar al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib dan lain-lain lebih mengetahui daripada orang- orang yang kemudiannya.
Alang-alang berbicara tentang surah yasin, eloklah kita renung secebis ayat yang memberi seribu erti dan sejuta makna dalam surah tersebut. Ayat 65 yang berbunyi,
"Alyauma nakhtimu 'alaa afwahihim, wa tukallimuna aidhihim, wa tasyhadu arjuluhum bimaa kaanu yaksibuun"
( "Pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang telah mereka lakukan.")
Alang-alang berbicara tentang surah yasin, eloklah kita renung secebis ayat yang memberi seribu erti dan sejuta makna dalam surah tersebut. Ayat 65 yang berbunyi,
"Alyauma nakhtimu 'alaa afwahihim, wa tukallimuna aidhihim, wa tasyhadu arjuluhum bimaa kaanu yaksibuun"
( "Pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang telah mereka lakukan.")
Tangan kita akan berbicara
Tentang apa yang dilakukannya
kaki kita pula akan berkata-kata
Tentang arah mana ia melangkah.
No comments:
Post a Comment