Ibrahim Ali dengan Perkasanya telah bertindak untuk memaksa Bersih membatalkan rally yang dirancangnya pada 9hb Julai yang akan datang dan beliau bertindak seolah-olah beliaulah yang berjuang untuk negara sedangkan hakikatnya Ibrahim tidak lebih dan tidak kurang dari seorang yang berjuang untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.
Ibrahim telah menakutkan orang ramai dengan mengingatkan jika ada apa-apa yang berlaku orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan dan sebagainya dan kata-kata ini sengaja dilakukan beliau untuk memanaskan keadaan dan akhirnya keadaan itu akan memberikan keuntungan kepada peribadi beliau di atas rasa takut rakyat.
Bersih tidak pernah bercakap tentang pergaduhan. Mereka hanya bercakap tentang isu kebersihan dan ketelusan pelaksanaan PRU di negara ini dan ingin menggunakan rally ini untuk menunjukan manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati tentang perlaksanaan PRU selama ini.
Ibrahim dan Perkasa mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan menggertak dan menakutkan orang ramai yang rally itu mungkin akan menimbulkan haru- biru di dalam negara.
Dengan kenyataan beliau di Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru hari ini, beliau sepatutnya di ambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kenyataan menakut-nakutkan rakyat ini merupakan kenyataan yang terlalu tidak bertanggungjawab. Kenyataan beliau ini sudah membuktikan yang Perkasa dan Presidennya itulah yang cuba membina rasa gelisah di antara kaum dan ini tidak boleh di ambil enteng lagi oleh pihak yang berkuasa.
Apa yang di inginkan Ibrahim ialah beliau dipandang sebagai juara dalam ‘mainstream politics’. Maka saya cadangkan supaya Ibrahim Ali ditahan di bawah ISA. Dengann cara itu beliau akan mendapat apa yang beliau inginkan….iaitu untuk dipandang sebagai hero. Kenyataan Ibrahim akhir-akhir ini amat merbahayakan negara dan beliau patut di letak di dalam tahanan.
Ibrahim boleh membuat apa sahaja untuk dipandang sebagai hero tetapi janganlah sampai ‘at the expense of national security’.
Ibrahim Ali bertindak untuk memperbodohkan rakyat dengan melakukan tindakan supaya beliau masih dipandang oleh masyarakat sedangkan beliau sendiri tahu apa yang beliau inginkan. Apa yang dilakukan oleh Bersih itu bukan penting bagi beliau. Yang penting beliau mesti menyibuk dan mendapat perhatian ramai….tidak lebih dan tidak kurang.
Kalau kita tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan kenapa pula kita hendak melawannya dengan demonstrasi jalanan dan terus pula untuk menjadikannya sebagai satu peperangan yang boleh menjahanamkan kesetabilan politik negara.
Bersih perlu membuat pengakuan yang rally itu hanyalah satu rally yang mana seperti yang dirancang. Jangan menari dengan rentak yang dimainkan oleh Perkasa kerana tindakan itu hanya memperbodohkan diri kita sendiri.
Beliau (Ibrahim Ali) telah melantik diri beliau sendiri sebagai General peperangan. Peperangan apa tu? Siapa yang hendak berperang?
Bagaimana beliau hendak mengetuai peperangan sedangkan beliau lah yang mendahului mengangkat bendera putih jika kalah dalam pertempuran. Hanya beliau berharap boleh mengangkat bendera merah jika memenangi peperangan itu dan di nampakan sebagai hero yang perkasa.
Berbagai-bagai pandangan yang telah saya terima melalui email saya berhubung dengan rally yang akan dianjurkan oleh Bersih ini. Ada yang menyokong dan ada yang memberikan pandangan yang berbeza. Tetapi setelah di tolak dan dicampur rakyat ramai memberikan perhatian yang baik terhadap rally anjuran Bersih.
Walaupun mereka ramai yang tidak dapat bersama mereka tetap memberikan sokongan moral dan mengharapkan apa yang dikehendaki oleh Bersih untuk melihat perlaksanaan pilihanraya yang bakal di adakan itu akan berjalan secara demokrasi yang sebenarnya.
Saya telah menulis tentang isu ini yang terang-terang saya katakan yang Bersih telah pun berjaya mendapat sokongan ramai samada rally itu berjaya diadakan atau mampu di kekang oleh pihak yang berkuasa. Perasaan rakyat tidak boleh di kekang oleh Polis atau badan-badan penguatkuasa yang penuh kuasa. - Aspan Alias
No comments:
Post a Comment