Sunday, June 12, 2011

Roboh Segera Rumah PATI?

PARA penghuni rumah kuaters Jabatan Kebajikan Masyarakat Warga Tua Seri Harapan, Batu 5, Jalan Sibuga mendesak kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar merobohkan rumah-rumah haram yang didirikan oleh para pendatang asing tanpa izin (PATI) di hutan berhampiran.

Seorang penduduk, Mohd (bukan nama sebenar), memberitahu Sabahkini.Net pada mulanya mereka hanya mendirikan dua buah rumah sahaja tetapi seminggu kemudian, bilangannya semakin bertambah banyak.

“Kami khuatir sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan oleh pihak MPS, kami bimbang kawasan hutan itu dijadikan perkampungan setinggan haram yang dihuni oleh pendatang asing dan menjadi sarang jenayah,” ujar Mohd lagi.

Tegas Mohd, memandangkan PATI manusia yang tidak bertamaddun dan tidak menghormati undang-undang negara, maka beliau bimbang akan menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi selamat diduduki kerana terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk kecurian, rogol dan pusat penagihan dadah.

“Bagi pihak penghuni kuaters ini, saya berharap agar Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dapat mengambil tindakan segera,“ rayu Mohd lagi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)


No comments:

Post a Comment