Thursday, June 2, 2011

Pulai Pinang jamin tarif air tidak naik

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinannya di negeri itu boleh memberikan jaminan bahawa tarif air tidak akan dinaikkan untuk kadar domestik.


Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka berhasrat menaikkan surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air.


"Akan tetapi memandangkan Pulau Pinang mengalami penggunaan air yang paling tinggi di Malaysia sebanyak 286 liter sehari seorang, kerajaan negeri akan terus mengkaji kenaikan kadar surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air," katanya. - MK


No comments:

Post a Comment