Oh...ini kita berdemonstrasi untuk bantah demonstrasi, ujar ahli jemaah politik kedai kopi yang pertama. Kita berdemonstrasi untuk menunjukkan yang kita tidak setuju pada demonstrasi BERSIH 2.0. Tindakan mereka mahu berdemonstrasi dan tindakan ini tidak wajar. Nanti bila dah berhimpun macam mana nak kawal. Ini merugikan banyak pihak. Ko tengok aje – peniaga, NGO dari berbagai-bagai kaum – semua menolak demonstrasi BERSIH.
Ramai ke yang membantah demonstrasi BERSIH tu? Polis juga sedang ambil langkah kawalan dan menahan mereka yang mempromosi BERSIH kan.
Oh ya, itu kerja mereka. Mereka pasti sudah membuat siasatan dan mereka tahu BERSIH 2.0 ini akan merosakkan keharmonian dan akan mengganggu gugat keselamatan dalam negara. Itu sebab langkah berhati-hati dan tindakan awal diambil. Itu sebab beberapa penahanan dibuat. Mereka ini semua menghasut – mereka mahu kerajaan tumbang pada 9hb Julai 2011 ini, mereka semua mahu kuasa, itu aje....
Habis demonstrasi BERSIH aje ke, Patriot itu tidak berbahaya ke. Tidak mengganggu gugat peniaga ke? Ibrahim Ali – PERKASA yang menasihati kaum Cina untuk berhati-hati, simpan makanan dan duduk diam seolah-olah akan ada rusuhan perkauman itu tidak berbahaya ke, tidak menghasut ke? Pemuda UMNO yang berdemo depan Pejabat PKR itu tidak membuat provokasi ke? Baju Patriot dan panggilan untuk berhimpun biar tidak dapat permit itu ok ke?
Oh...itulah dikatakan tadi – demonstrasi kita adalah demonstrasi dari pihak kerajaan. Kita membantah – maknanya kita berhimpun untuk membantah demonstrasi BERSIH 2.0. Kalau BERSIH 2.0 tidak dilakukan maka kita tidak berdemo.
Jadi yang Pemuda UMNO dan PERKASA buat itu demo pihak kerajaan la ya....jadi kebebasan yang ada diperuntukkan untuk berhimpun dan bersuara seperti yang disokong oleh Khairy Jamaluddin itu hanya boleh dipakai untuk demonstran sokong kerajaan aje ke...kalau yang lain – tidak boleh dilakukan kerana takut mengganggu keselamatan dalam negara ke?
Ala bukan macam tu, kita tidak mahu berdemo tetapi kita terpaksa kerana mereka berdemo. Kita nak tunjuk kekuatan kita juga. Mereka aje boleh buat – kita tidak boleh buat. Kerana itu kita buat. Sungguhpun kita buat tanpa permit tetapi polis tahu bahawa kita tidak mengganas. Lagi pun kita di pihak kerajaan.
Baru faham – dipihak kerajaan ok berdemo – demo sokong kerajaan la ni.
Ala susah la nak cakap dengan ko ni.....
Maka isu lain pula yang timbul dalam persidangan politik kedai kopi. Ramai juga sebenarnya yang keliru tetapi banyak persepsi yang terbentuk pada peringkat rakyat marhaen. Mereka juga keliru mengenai hak kebebasan berhimpun – bersuara dan apa had yang ada. umno-reform2
No comments:
Post a Comment