Friday, June 17, 2011

‘pokok senyum’

KUBANG PASU - POKOK SENYUM.....Bagaikan tidak percaya, tetapi itulah kenyataannya apabila Sinar Harian sendiri berkesempatan melihat sendiri pohon getah yang mempunyai wajah seakan manusia di kawasan tana­man getah di Kampung Kota Mengkuang.



Ternyata pokok getah yang digelar ‘pokok senyum’ oleh penoreh, Zulkefly Baharom, 50, dan isterinya, Ruziah Mohd Salleh, 49, memang benar.

Zulkefly yang juga pesara tentera berkata, sebelum ini kawasan tanaman getah yang mempunyai lebih 100 pokok itu ditinggalkan tanpa ditoreh sejak dua bulan lalu. SH


No comments:

Post a Comment