Wednesday, June 15, 2011

Pemuda Umno takkan berdemo menentang Bersih


KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainal Abidin menafikan cadangan bahawa sayap tersebut akan mengadakan demonstrasi balas sepertimana yang dinyatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam.

“Kita tidak akan berdemo kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Biar pihak berkuasa saja uruskan peserta demo,” kata beliau ketika ditemui di kawasan Masjid India, di sini semalam.


Tengku Azman yang juga Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Umno turut menambah: “Kita akan pastikan mereka tidak mengganggu para peniaga.”


Isu demonstrasi timbul berikutan rancangan Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan demonstrasi pada 9 Julai depan.


Perkasa sudah pun memaklumkan bahawa mereka akan berdemonstrasi sekiranya Bersih berbuat sedemikian.


Tengku Azman turut mempersoalkan sama ada demonstrasi anjuran Bersih bermaksud untuk menjaga kepentingan rakyat.


“Kalau betul Bersih untuk rakyat, sila minta kebenaran para peniaga, para pemandu teksi di sini. Bukan semua peniaga di sini orang Umno,” kata beliau sejurus sebelum meneruskan program memberi makanan di perkarangan masjid di Masjid India.- FMT

No comments:

Post a Comment