Tuesday, June 28, 2011

Pemuda Umno kepung PKR : Kenapa Tiada Tangkapan????

PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.
Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.
Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”
Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.
Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insiderbahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.
“Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.
Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR),” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.
Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.
“Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya - TMI. 


Kalau PR, Apa pun tak boleh!!!!
Kerja2 SAMSENG sudah bermula..


Patriot ditubuhkan oleh PEMUDA UMNO dan KELAB PUTRA 1MALAYSIA mendakwa mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan BERSIH yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.


Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Adam, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tanpa pengawasan polis dari Batu 3 sampai Damansara unt buat kacau. Dah tu xde permit pulak tu. Mengugut untuk membakar bangunan itu seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan pada 9 Julai 2011. 

Kira-kira 200 pemuda yang berpakaian merah “Patriot” ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Ibupejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya. “Samseng upahan UMNO” ini telah memasuki kaw persendirian dan buat kecoh, tapi tiada apa apa tindakan dari pihak berkuasa. 

Apabila AMK tiba barulah pihak polis cuba meleraikan bertujuan kononnya untuk mengelakkan pergaduhan. Pelik tapi benar, mereka dilepaskan begitu sahaja tanpa apa apa tindakan tegas walaupun secara terang terangan mengugut dan cuba mengecam pihak PKR. 

Takkan tiada polis yang mendengar ucapan mangkuk mangkuk PATRIOT ni? MUSTAHIL!.. Dan AMK pula disuruhnya buat laporan polis. yang kelakarnya, time tu pulak la SERVER DOWN. 

Lawak 1Malaysia berlaku dengan begitu teratur. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin harus bertanggungjawab kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR. 

Tidak dilupa Arman Azha, ex Ketua Wira PERKASA kerana terlibat dalam SERANGAN tengah malam anjuran PATRIOT.Sebanyak 2 laporan polis telah dibuat sejurus sahaja bacul bacul melayu berbayar ini pergi meninggalkan tempat kejadian. Dengar cerita pulak lepas tu diorang buat kacau pulak kat PJS.

 Inikah hero kebanggaan MELAYU?Difahamkan dari sumber sumber x bernama, mereka juga membawa mat rempit bawah umur untuk mengibarkan bendera UMNO. Ntah ada lesen ntah takde. MEMALUKAN! Terkinja kinja macam beruk dapat pisang! Pada PATRIOT, kita berdepan pada 9 Julai nanti. Itupun kalau korang ada telo la... Pada Lokman, ko ingat bangunan tu BAPAK KO PUNYA? suka suka je nak bakar! - Wall Photos by Orenji Ren Oren  

Popout

 Saifuddin Nasution 

@ 
»
 Saifuddin Nasution 

@ 
 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 

 Saifuddin Nasution 


No comments:

Post a Comment