Thursday, June 30, 2011

Pelakon Abdul Razak Diarah Bela Diri Kes Khalwat

Pelakon Abdul Razak diarah bela diri kes khalwat
PETALING JAYA  – Pelakon  Abdul Razak Ahmad diperintah supaya membela diri oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas  tuduhan berkhalwat dengan isteri orang, lima tahun lepas.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad selepas mendapati pihak  pendakwaan yang diwakili oleh Pendakwa Syarie  dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),  Shafezan Rusli berjaya membuktikan elemen  utama kes khalwat seperti dalam pertuduhan.
Menurut beliau, empat elemen utama yang menjadi beban bukti kepada pendakwaan adalah tarikh, masa, tempat kejadian dan perbuatan khalwat.

“Ketika serbuan dilakukan Abdul Razak tidak berpakaian manakala pasangannya, Selamah Sahudin lengkap berpakaian,” katanya.
Dalam kes khalwat itu, seramai lima saksi pendakwaan memberikan keterangan termasuk suami kepada wanita terbabit.
Suami Selamah dalam keterangannya berkata, wanita itu masih isterinya yang sah dan seorang  yang bukan mahram kepada Abdul Razak.
Abdul Razak, 44, didakwa berada bersama  Selamah, 43, dalam keadaan yang menimbulkan  syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang  Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15  pagi, 1 April 2006.
Ketika pertama kali didakwa pada 14 September  tahun yang sama, Abdul Razak memohon  dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850  atau penjara tujuh bulan selepas mengaku  bersalah.
Jika sabit kesalahan, pelakon drama itu boleh dihukum  penjara maksimum dua tahun atau denda  RM3,000 atau kedua-duanya.
Wan Mahyuddin menetapkan 15 September ini  sebagai tarikh untuk Abdul Razak yang diwakili  peguam syarie, Mohd. Azman Karim membela  dirinya. - mynewshub

No comments:

Post a Comment