Sunday, June 5, 2011

Pas desak PTPTN jadi biasiswa

GOMBAK – Dewan Pemuda Pas menyuarakan sokongan sepenuhnya terhadap cadangan menghapuskan Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman terbabit telah menyukarkan graduan.

Perwakilannya, Kamal Ashaari berkata, PTPTN menyekat peminjam sekali gus mereka terhimpit dengan hutang besar sejurus selepas menamatkan pengajian dan beberapa sekatan lain sekiranya mereka gagal menjelaskan hutang dalam tempoh tertentu. 


“Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang,” katanya ketika sesi perbahasan ucaptama Presiden, semalam. 

Selain itu, beliau turut menegur beberapa pemimpin Pas yang masih gagal mendaftarkan ahli keluarga mereka sebagai pemilih sedangkan pilihan raya umum dikatakan semakin hampir. 

Menurutnya, jika sikap pemimpin masih tidak ambil peduli dengan keadaan semasa, bagaimana Pas mahu bercakap mengenai mahu mengambil alih Kerajaan Pusat dikuasai Barisan Nasional (BN). 

“Pada pilihan raya umum nanti, undi golongan muda adalah penentu pemenangnya, dalam negara demokrasi seperti Malaysia, perbezaan satu undi sahaja boleh menumbangkan kerajaan,” katanya. 

Sementara itu, Perwakilan dari Pulau Pinang, Mohd Akhir Cik Mat mengingatkan Pas perlu menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat (PR). - SH


No comments:

Post a Comment