Sunday, June 19, 2011

Nik Aziz mungkin tanding PRU-13

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. 

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu yang kini menjangkau usia 80 tahun berkata, sebarang keputusan bertanding atau sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kesiha-tannya pada masa itu.


“Itu nanti... tengok pada pilihan raya terlebih dulu... kalau saya sihat, tenaga ada, InsyaAllah (akan bertanding),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pas Kelantan di sini, semalam. 

Beliau mengulas sama ada barisan kepemimpinan Pas negeri yang turut menyaksikan beliau kekal sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan akan bertanding atau sebaliknya. 

Pada mesyuarat itu, Pas Negeri membuat rombakan besar dengan menampilkan muka baru untuk memantapkan organisasi parti. 

Antara mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, Zulkifli Mamat, yang dilantik sebagai setiausaha Pas menggantikan Mohd Zaki Ibrahim manakala Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dilantik sebagai pengarah pilihan raya yang baru. 

Nik Aziz enggan ulas tindakan mengekalkan barisan utama Pas seperti jawatan timbalan pesuruhjaya akan membantut peluang pelapis baru untuk menonjol dalam parti. 

Diminta mengulas jawatan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz, yang menjadi Menteri Besar Kelantan hampir 21 tahun itu berkata, beliau bersyukur dengan kepercayaan diberikan parti. 

“Mursyidul Am ini jawatan yang dilantik, kalau lantik saya terimalah dan jawatan ini tak banyak kerja. Kerja Mursyidul Am ini sekiranya ada sekali sekala masalah atau peristiwa penting, barulah dirujuk, malah tidak ada pejabat pun,” katanya. SH


No comments:

Post a Comment