Sumber : Blog Pemuda Umno
NOTA EDITOR: Setelah kumpulan yang dikatakan pro kepada mereka dikalahkan di dalam Pemilihan PAS yang baru ini, media UMNO telah menukar status PAS dari "kawan potensi" kepada "musuh".UMNO memulakan serangan mereka sebelum Berita TV3 malam tadi lagi. Akhbar mereka, Utusan Meloya, menyerang PAS dengan kata-kata dusta. Kononnya PAS telah menggugurkan perjuangan Negara Islam.
Hakikatnya, perkataan Negara Islam tidak pernah disebut di dalam Perlembagaan PAS semenjak ianya mula ditulis pada tahun 1953 lagi. Ertinya semenjak penubuhan PAS lagi, perkataan Negara Islam tiidak pernah digunakan.
InsyaAllah, serangan TV3 dan media2 milik UMNO akan memakan diri. Ia hanya akan membuat lebih 1 juta ahli PAS lebih marah dengan UMNO. Sebelum ini serangan mereka terhadap PKR dan DAP telah gagal menjauhkan rakyat dari kedua-dua parti tersebut.
Kali ini, serangan UMNO kepada PAS akan membunuh UMNO sendiri. UMNO lupa PAS adalah hampir 100% Melayu. Sebelum ini, UMNO tidak menyerang PAS. Maka, PAS pun tidak lah menyerang UMNO dengan begitu kuat. Selepas ini PAS pula akan menyerang UMNO dengan kadar yang lebih tinggi dan kuat. Kesannya nanti, lebih ramai pengundi Melayu/Islam beralih ke PAS. Ini kerana segala serangan UMNO hanyalah fitnah semata-mata menyebabkan orang Melayu Islam simpati kepada PAS.
Akhirnya PAS Diserang Juga !!
Salam to all,
Telanjur tak sehat sepanjang hari ni, telanjur jugalah menonton Buletin Utama TV3 apabila terbaring di depan TV selepas Maghrib. Tak ingat bila last tengok berita TV3, namun berita yang disampaikan malam ini adalah sangat mengejutkan.
Jika sebelum ini, parti PAS telah dilayan dengan baik oleh media arus perdana berbanding dengan PKR dan DAP. PAS digambarkan oleh media arus perdana sebagai sebuah parti yang sebenarnya boleh bergerak sendiri untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP pula dicerca dan dihina hampir setiap hari dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor acap kali menjadi mangsa serangan bertali arus.
Namun seperti yang saya jelaskan tadi, berita di Buletin Utama TV3 malam ini agak berbeza dan cukup mengejutkan. PAS telah diserang habis-habisan dengan seluruh kekuatan TV3 dalam penyediaan maklumat. Lebih 15minit masa perdana telah digunakan untuk menyerang parti PAS. Ini agak pelik kerana sebelum Muktamar ke 57, PAS disanjung tinggi dengan kepimpinan ulama diberi ruang yang cukup baik oleh media arus perdana. Tetapi selepas muktamar, PAS menjadi sasaran terbaru UMNO. Adakah ianya berkait rapat dengan pinangan yang telah ditolak?
Isu yang dimainkan dalam Buletin Utama malam tadi ialah, bagaimana PAS sanggup melepaskan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam apabila mengimbas kembali ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada tahun 2003 dan dibandingkan pula dengan ucapan TGHA pada Muktamar baru-baru ini. Sedarkah TV3 bahawa negara berkebajikan itu adalah satu tuntutan utama sebuah negara Islam? Negara Islam adalah negara berkebajikan. Ini sudah cukup menunjukkan UMNO dan BN begitu dangkal dalam mentafsir sebuah negara Islam.
Layanan baik UMNO terhadap PAS sebelum ini tidaklah seikhlas mana. Rupa-rupanya UMNO telah berdendam dengan PAS kerana bukan sahaja hantaran meminang untuk membentuk perpaduang telah ditolak tanpa bicara lagi, kepimpinan baru PAS juga dilihat tidak mesra terhadap UMNO dalam apa jua keadaan menyebabkan peluang UMNO untuk slowtalk dengan PAS hancur berkecai.
Maka tidak hairanlah mulai hari ini hingga pilihanraya akan datang, PAS akan terus diserang oleh media arus perdana setelah gagalnya usaha pihak terdesak mencari penyambung nyawa. Percayalah bahawa lagi teruk PAS dan Pakatan Rakyat di hentam oleh media arus perdana, lagi banyak sokongan yang bakal diperolehi. Kerana rakyat kian celik, memilih untuk sebuah kerajaan rakyat, negara berkebajikan ! - EDYES @ edyesdotcom
No comments:
Post a Comment