Tuesday, June 14, 2011

MB: Bukan masa sesuai ganti Hasan Ali

NONEMenteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata masih belum tiba masa yang sesuai untuk menggantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada barisan majlis kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menerima apa saja cadangan daripada PAS berhubung kedudukan Hasan yang digugurkan daripada mengetuai parti itu di Selangor.


"Keputusan mana-mana parti adalah yang kita mesti terima.

"Tapi buat masa ini tidak ada lama pemikian kerajaan negeri untuk buat pertukaran exco,"
katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kata Khalid lagi, pelantikan exco berada di bawah bidang kuasanya dan dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

Ahad lalu, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kedudukan Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman.

Ditanya wartawan sama ada Hasan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang exco, Abdul Khalid berkata beliau tidak akan membincangkan prestasi ahli exconya secara terbuka tetapi mengakui semua mereka telah bekerjasama dengannya bagi melaksanakan polisi kerajaan negeri.


Pemimpin PAS itu sebelum ini pernah membelakangi beberapada polisi kerajaan negeri dan bertelagah dengan rakan exconya, Ronnie Liu dari DAP. MK

No comments:

Post a Comment