Sunday, June 5, 2011

Malaysia Kehilangan Stesen Kereta Api Tg Pagar Buat Selama-lamanya Julai 2011



 Selepas Pulau Batu Putih yang kini menjadi Singapura, Malaysia bakal kehilangan sebuah lagi warisan negara gara-gara kelemahan pemimpin BN yang menerajui negara ini. Sebenarnya, kehilangan Singapura sendiri adalah kerana kelemahan pemimpin negara pada waktu itu yang mudah dipermainkan oleh Inggeris.

Blog ini ada menyentuh isu ini ketika isu ini tengah panas suatu ketika dahulu. Jadi tidak perlulah saya mengitar semula cerita yang sama. Artikel ini sekadar mengingatkan kita tentang kehilangan warisan negara ini.

Saya petik dan edit maklumat di bawah ini dari blog NurliniIdris (ada gambar-gambar menarik di blog ini):
- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal kereta api pertama di Singapura.

Tanjong Pagar Warisan Terakhir Tanah Melayu
Extracted from an article written by Ku Seman Ku Hussain
- Keunikan Stesen Tanjong Pagar ialah stesen ini merupakan hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, Stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan kereta api.
- Stesen ini juga menjadi kelangsungan sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Sejarahnya bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada tahun1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, hal ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.


- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singapura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu....
Siang malam UMNO menjerit "Ketuanan Melayu", namun dalam masa yang sama Ketuanan Melayu itu layu dan semakin layu. Ketuanan Melayu UMNO dan geng hanya untuk berdepan dengan DAP, PKR, namun dayus dan longlai apabila berdepan dengan Singapura, negara kerdil yang pernah suatu ketika milik Ketuanan Melayu! - DC


FAKTA:TIGA ASET BERHARGA MALAYSIA DISERAHKAN KEPADA SINGAPURA
1)PANGKALAN TLDM WOODLANDS(1997)
2)PULAU BATU PUTEH(2008)
3)STESEN KERETA API KTMB TANJUNG PAGAR(2011)

No comments:

Post a Comment