Monday, June 27, 2011

Lawatan rasmi: Najib, Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.



Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.

Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.
Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu.
Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008,  menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.
Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.


Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini.
“Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri,” kata respons itu. TMI 


P/S : Mewahnya Pemimpin!!!
 

No comments:

Post a Comment