Tuesday, June 28, 2011

Kesilapan JPN kah?


Di bawah ni merupakan senarai nama yang diambil dari senarai Daftar Pemilih Perak dan disiarkan di sebuah laman blog. Ini merupakan sebahagian daripada senarai yang disiarkan. Menurut laman blog tersebut, seramai 428 orang pengundi Melayu adalah bukan beragama Islam. Mungkinkah ini kesilapan JPN atau SPR ataupun sistem pendaftaran warganegara atau sistem pendaftaran pengundi

Namun, perkara ini perlulah diambil tindakan segera dan teliti kerana sekiranya kesilapan ini berlaku di atas kad pengenalan, nampaknya Mahkamah Syariah akan berhadapan dengan ratusan kes sebegini di Perak nanti. Kalau di seluruh negara, berlaku perkara sebegini, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah atau lambakan kes di Mahkamah Syariah. Tambah buruk sekiranya penama ini boleh berhadapan dengan hukuman atau denda oleh Mahkamah Syariah oleh kerana status agama mereka yang bukan Islam.

Apa yang gua tuntut adalah pihak-pihak yang jelas melakukan kesilapan berkaitan perkara ini, harus tampil menjelaskan kenapa ia boleh terjadi? dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan perkara ini?


No comments:

Post a Comment