‘Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak mereka sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah kalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan ikut sama.
‘Kami (sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah! Adakah mereka itu Yahudi dan Nasara?
Maka jawab Baginda s.a.w. ‘Siapa lagi!
Riwayat Bukhari dan Muslim.
TEHERAN - Kerajaan Iran kini mengenakan larangan pemakaian rantai terhadap golongan lelaki di negara itu.
Sebelum ini, golongan wanita turut dikenakan larangan mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat kepada umum.
Keputusan itu diambil selepas ahli parlimen negara tersebut mengusulkan rang undang-undang berkaitan jenayah pemilikan anjing kerana menganggap ia sebagai tindakan mencetuskan masalah budaya dan seakan meniru bulat-bulat budaya barat.
Agensi berita Irna melaporkan tujuan utama kerajaan adalah untuk memerangi penularan budaya barat di negara itu.
Seramai lebih 70,000 anggota ‘polis moral’ akan ditempatkan di jalan utama dan bandar untuk memantau jika ada individu melanggar kod berpakaian yang telah ditetapkan kerajaan. - SH
Komen:
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher , bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lengganglengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (pondan).
Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
No comments:
Post a Comment