Wednesday, June 29, 2011

HARUSSANI Mengipas Lagi!! Setaraf Berahim Ali???


NONE
APA YANG DIREPEKKAN OLEH HARUSSANI INI?

APABILA rasa mahu kritik Harussani, terasa bersalah pula sebab dia bukan orang jahil tetapi terikut-ikut dengan rentak orang politik yang jahil. Rasa hormat bukan tidak ada pada Harussani, tetapi saya rasa lebih hormat lagi kepada orang yang tidak mengampu dan mengipas untuk hidup.

Di dalam isu Perhimpunan Bersih, saya tidak tahu di mana salahnya dari segi hukum Islam. Adakah salah dari segi hukum Islam berhimpun secara aman yang tidak diberikan permit atau lebih salah jika pihak berkuasa tidak memberikan permit? 

Mana lebih bersalah, seseorang yang terpaksa bersembahyang di luar masjid atau pihak masjid yang tidak membenarkan orang itu bersembahyang di dalam masjid? 

Memang benar, sembahyang di luar masjid jika cukup syarat sah dan rukunnya maka tidak menjadi kesalahan, tetapi berdosa teramat besar pula kepada pihak masjid yang melarang seseorang itu bersembahyang di dalam masjid.

Kaedahnya sama dengan isu Perhimpunan Bersih. Tidak salah dari segi Perlembagaan jika berhimpun secara aman walaupun tanpa permit, tetapi amat malang jika perhimpunan itu tidak diberikan permit malahan lebih dahsyat lagi dilarang dengan kekerasan. Apa kata Harussani di dalam mengulas isu ini?

Malaysiakini melaporkan, "Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini. 

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini (Malaysiakini).


Saya mahu tanya Harussani, apa jasa kamu untuk memulihkan sistem demokrasi khususnya di dalam sistem Pilihanraya di negara ini? Pernahkah kamu memberi hukum menurut Islam tentang banyak penipuan dan ketidakadilan yang dilakukan setiap kali diadakan pilihanraya? Sedangkan kes rampas kuasa di Perak, negeri Harussani sendiri beliau gagal memberikan hukum menurut Islam cara mereka merampas kuasa termasuk beberapa peristiwa di dalam Dun Perak. Mana suara dan ilmu kamu?


Justeru itu, jika ada insan lain yang sanggup ke depan menggantikan suara kamu yang telah bisu itu, jangan pula kamu menganggap dia sebagai `Super Hero'. Rakyat lah yang layak digelar `Super Hero' kerana tanpa rakyat yang berani menentang ketidakadilan, BERSIH pasti akan gagal hatta sesiapun pemimpinnya.


Harussani perlu menggunakan ilmu yang ada padanya untuk menilai sesuatu isu. Jangan membuat komen dan ulasan semata-mata berkitabkan Utusan Meloya atau TV 3 suku yang sememangnya ejen syaitan untuk memporakporandakan masyarakat. Harussani perlu merujuk kepada Al-Quran jika ingin memberikan komen, jika tidak kita akan menganggap beliau setaraf dengan Berahim Ali raja katak sahaja./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment