Thursday, June 16, 2011

‘Haram kerana mudarat orang ramai’

SHAH ALAM – Tindakan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran sehingga mendatangkan kesulitan kepada pihak lain boleh membawa kepada hukum haram kerana mengakibatkan mudarat dan suasana tidak terkawal. 
Yang ni Tak Haram?

Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya berkata, Islam melarang umatnya melakukan perkara membawa mudarat dan menggunakan kekerasan yang boleh menjejaskan keamanan negara. 
Yang ni Tak Memudharatkan
Menurutnya, Islam tidak mengajar umatnya menggunakan cara salah untuk menjatuhkan seseorang individu, ia disokong kenyataan Mufti Madinah, Syeikh Soleh As-Suhaimi yang menolak tindakan demonstrasi. 



Dari "RUJUKAN" mana
“Kata Syeikh Soleh, sesungguhnya, tiada nas dari al-Quran dan sunnah yang jelas mengenai keharusan mengadakan demonstrasi, sebaliknya wujud riwayat yang lemah dan takwilan terhadap nas secara melulu mengikut hawa nafsu. 

“Jadi, berdasarkan ayat ini, apa yang kita nampak, Bersih sebelum ini tidak meninggalkan kesan positif sebaliknya persoalannya kini, apa maksud demonstrasi aman yang cuba diterjemahkan mereka?” katanya kepada Sinar Harian. 


Apa Maksud Demonstrasi ini?
Beliau berkata, jika dilihat dalam konteks Islam yang lebih syumul, demonstrasi bukan sahaja mengakibatkan kerosakan, malah dalam perhimpunan yang suasananya tidak terkawal itu, wujud fitnah lisan. 

“Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga lisan atau percakapan. Jadi, dalam demonstrasi begini, saya perhatikan, kebanyakan mereka tidak menjaga lisan. Di situ berlakunya kutuk mengutuk, maki hamun terhadap pihak lain. 


Siapa yg Kutuk Mengutuk ni?
“Kesannya, ia akan mempengaruhi persepsi terhadap seseorang. Kita perlu sedar, fitnah lisan adalah fitnah paling besar dan hukumnya adalah berdosa,” katanya. 


Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Affendi Yusof berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan saddu zarai’ iaitu mencegah perkara buruk daripada berlaku. 



Ni ke saddu zarai?

“Jika kita lihat, banyak implikasi buruk daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan ini, antaranya negara luar akan melabel kita sebagai negara tidak aman, pelabur khuatir untuk datang ke sini. 

“Jika dibiarkan perhimpunan ini berlaku, negara akan ditimpa kecelakaan, ramai yang akan mengambil kesempatan terhadap demonstrasi besar-besaran ini. Semua akibat ini memberi kesan tidak baik kepada seluruh rakyat dan negara,” katanya. 

Mohd Affendi berkata, hukum asal setiap perkara adalah harus, tetapi, sekiranya memudaratkan pihak lain, ia membawa kepada hukum haram. 

“Kita tidak jamin ada nilai positif dalam perhimpunan itu keran suasana tidak terkawal, apa yang kita nampak, banyak keburukan dari kebaikannya,” katanya. SH


P/S : kalau UMNO yang buat hukumnye harus

No comments:

Post a Comment