Thursday, June 30, 2011

BERSIH : Minta PM Tukar Menteri Dalam Negeri, Lantik Yang Lebih Matang – YB Husam


Kg. Rahmat, Rantau Panjang, 28 Jun - “UMNO semakin hilang akal dan hilang pedoman.” Demikian YB Dato’ Husam Musa memulakan jawpaan setelah ditanya oleh wartawan berkenaan dengan tindak balas UMNO terhadap Bersih.
“Semalam pihak polis telah menggeledah pusat operasi Bersih di Petaling Jaya tanpa waran tangkap dan ahli-ahli politik juga disoal siasat serta memasuki Parlimen tanpa izin Speaker. Mereka sanggup membuat apa sahaja walaupun mencemarkan proses demokrasi negara kita.” Jelas beliau.
“Ada dua sebab. Pertamanya mahu menyembunyikan penyelewengan daftar pemilih melalui system pilihan raya. Di Selangor hari ini, di Parlimen Sungai Klang, saya telah dapat laporan 680 orang daripada Sabah telah didaftarkan dan PAS telah membantah sejak daripada hari Isnin lepas. Alhamdulillah sebahagian besar bantahan adalah berjaya kerana pengundi yang nak didaftarkan adalah daripada Sabah dengan IC no 12. Bila kita bantah orang yang nak didaftarkan itu tidak hadir. Di Selangor telah berpuluh ribu rakyat Sabah dan Sarawak telah didaftarkan.” Dedah beliau kepada wartawan.
“Bila kita hendak buat Bersih, memang nak bersihkan amalan-amalan yang menghilangkan hak rakyat, membuat pilihan secara adil dan seimbang. Kerana itu kerajaan akan salah guna kuasa mereka menindas rakyat dari segi harga barang, kepentingan rakyat jelata yang semakin mencengkam pada hari ini dan kerana hendak menutup penyelewengan.”
“Yang kedua kerana mahu menunjukkan bahawa pakatan rakyat ini ada rancangan hendak menghuru-harakan Negara. Tahun 2008 dahulu kita telah buat Bersih dan ia aman. Kali ini pemimpin utama akan hadir. Sudah tentu kita nak perhimpunan ini jadi lebih aman kerana kita tak nak orang tuduh kita menimbulkan kacau-bilau.
“Perhimpunan ini semata-mata hendak mendedahkan kepincangan. Sepatutnya Perdana Menteri arah kepincangan ini dibersihkan. Jadi kalau kepincangan ini telah dibersihkan kita tak payah berhimpun tetapi kalau proses demokrasi telah dikotorkan kita bertanggungjawab membersihkan.”
“Saya yakin rakyat jelata tidak takut dengan semua hasutan dan ugutan tersebut. Saya yakin perhimpunan ini akan berjalan dengan lebih besar lagi secara yang aman. Ugutan-ugutan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO hanya satu gertakan. Mereka sendiri tidak akan berani hadir pada hari tersebut. Kalau mereka hadir dan berlaku apa-apa kekacauan puncanya adalah daripada UMNO dan Perkasa bukan dari BERSIH.” Tegas beliau lagi.
Ketika menjawab soalan berkenaan hak dan undang-undang ekoran kenyataan Suhakam yang membenarkan perhimpunan dilakukan rakyat dan kerajaan tiada hak menghalangnya, Yb Husam punyai pandangan dan saranan buat kerajaan memerintah serta peserta Bersih.
“Hari ini adalah hari dunia internet. Kalau mana-mana pihak cuba buat perkara-perkara yang tidak elok orang ramai boleh ambil gambar mereka dengan telefon masing-masing dan masukkan dalam youtube dalam sekelip mata.” Pesan beliau kepada perserta Bersih.
YB Dato’ Husam juga sempat mengingatkan YAB Perdana Menteri agar memikirkan keselamatan rakyat tanpa menggunakan sebarang provokasi yang boleh menimbilkan kekacauan.
“Saya harap Perdana Menteri fikir betul-betul. Jangan jadikan himpunan BERSIH sama seperti kebangkitan Timur Tengah di mana polis Mesir menindas penunjuk perasaan menyebabkan kemarahan semakin memuncak kepada kerajaan Mesir.”
“Kalau Dato’ Najib bijaksana dia izinkan perhimpunan ini berjalan dengan baik. Kalau dia kacau perhimpuan ini, ia akan jadikan imej Malaysia lebih buruk di mata dunia. Pelabur-pelabur asing akan menjauhi. Jadi kita harap Perdana Menteri berfikir dengan tenang.” Jelas beliau.
“Dato’ Hisyamuddin saya nampak menggelabah. Macam Ibrahim Ali. Jadi saya harap Perdana Menteri tukar menteri Dalam Negeri. Lantik seorang yang lebih matang daripada beliau. Supaya menteri Dalam Negeri tidak ikut perasaan bagi mengendalikan isu-isu seperti Bersih ini.” Sindir beliau terhadap kepimpinan YB Dato’ Hisyamudin, menteri di Kementerian Dalam Negeri. Husam Musa

No comments:

Post a Comment