Thursday, June 30, 2011

Apa kata Blogger UMNO : 99.9% is Anwar.. so what?


Oleh: GreenHood

Pemilik foto yang tersebar luas dalam keadaan mengaibkan adalah Elizabeth Wong. So?
Pelaku di dalam klip video seks di selatan tanahair adalah tidak lain dan tidak bukan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Makanya?
99.9% rupa dan bentuk badan pelaku dalam klip video penuh kontroversi Seri Carcosa Negara adalah Anwar Ibrahim. So what?
*****

Barisan Nasional dilihat terlalu memainkan serangan peribadi terutamanya berkaitan 'moral' pemimpin dari pakatan pembangkang. Serangan dahsyat yang dihujankan terutama terhadap Anwar Ibrahim dilihat telah melekakan diri mereka sendiri hingga perkara-perkara lain yang lebih penting terutama ekonomi serta kebajikan masyarakat menjadi perkara sampingan.

Kealpaan Barisan Nasional ini amat merugikan dan ketara kelihatan apabila PAS memintas Barisan Nasional dengan mengguna-pakai manifesto 'negara berkebajikan' dalam muktamar tahunannya baru-baru ini. Slogan 'Juara Rakyat' yang dilaung-laungkan oleh Barisan Nasional suatu ketika dahulu tenggelam kerana kempennya yang 'inconsistent'. 

Bahkan, program 'Juara Rakyat' yang dimestikan di setiap parlimen mahupun bahagian di seluruh Malaysia seolah-olah mati sedangkan tarikh pilihanraya umum ke 13 semakin hampir. Sewajarnya, semakin hampir hari pilihanraya semakin hebat kempen-kempen Barisan Nasional melalui program 'Juara Rakyat' dilaksanakan.

Menumpukan serangan terhadap peribadi ketua umum pembangkang bukanlah satu strategi yang baik. Undi bukan Melayu adalah pada tahap kritikal sedangkan Barisan Nasional masih memerlukan undi bukan Melayu bagi menjamin kemenangan mereka nanti. 'Precedent case' telah dibentangkan bahawa 'trend' pengundi bukan Melayu tidak mengambil kira faktor moral - Elizabeth Wong dan Chua Soi Lek telah membuktikannya.

Bukan Melayu terutama Cina hanya akan mengambil faktor 'untung dan rugi' sahaja dalam membuang undi mereka kelak. Samada memilih Barisan Nasional akan memberikan 'keuntungan' atau hanya bakal 'merugikan' mereka. Dalam hal ini, DAP memainkan peranan yang maha penting dalam menjanjikan 'keuntungan' kepada pengundi bukan Melayu.

Mereka (DAP) tidak setakat berjanji, bahkan memastikan bahawa kerjasama antara parti-parti yang membentuk pakatan mereka 'terikat' dengan janji tersebut. Samada 'perkara yang mengikat' itu adalah dalam bentuk suratan mahupun tersirat, tidak dapat dibuktikan kerana kelicikan politik (cunning politics) yang mereka mainkan. Boleh jadi dengan mengangkat seorang pemimpin 'yang tidak bermoral' dapat memberikan keuntungan! Sebab itu contoh duluan seperti Elizabeth Wong dan Chua Soi Lek bukanlah suatu yang mengejutkan.

Apakah keuntungan yang boleh mereka (bukan Melayu) perolehi? Mudah! Apa juga perkara yang dipertahankan oleh Barisan Nasional terutamanya UMNO seperti hak keistimewaan orang-orang Melayu dan ekuiti-ekuiti pegangan bumiputera dapat dipecahkan dan direbut sama oleh mereka. Malahan, lebih dari itu tradisi yang diamalkan oleh Barisan Nasional semenjak kemerdekaan seperti kepimpinan utama dan kedua utama yakni Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin sahaja dapat dirasai. 

Bukankah lebih untung jika mereka (bukan Melayu) memilih pakatan pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti? 

Nah! Di sini soal moral bukan lagi menjadi isu yang besar. Ironisnya, Mat Sabu yang pernah dikaitkan dengan isu moral juga membuktikan bahawa kepimpinan PAS juga tidak menitik beratkan soal moral asal sahaja 'keuntungan' boleh berpihak kepada mereka. 

Apakah 'keuntungan' yang dijanjikannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah 'kemenangan pilihanraya umum ke 13 nanti dan janji untuk menduduki Putrajaya sebagai kerajaan Malaysia yang baru'.

Jadi, apakah yang boleh Barisan Nasional lakukan? Masih lagi bermain isu moral? - kritis-online


No comments:

Post a Comment