Sunday, May 29, 2011

Ulama Pas jangan tutup kebenaran - Ahmad Maslan

DATUK AHMAD MASLAN

BUKIT GANTANG 28 Mei – Golongan ulama Pas digesa tidak menutup minda untuk menerima kebenaran dalam sesuatu isu walaupun ia pahit bagi mengelak penipuan daripada berleluasa sehingga memecah-belahkan umat Islam.


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ulama Pas perlu mengambil inisiatif untuk mencari kebenaran supaya kebenaran dapat ditegakkan.

"Sekarang ini ada banyak kaedah untuk kita mencari kebenaran mengenai sesuatu perkara yang menjadi sebutan orang ramai. Mudah-mudahan yang benar tetap akan benar,” katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment