Saturday, May 14, 2011

Ubat jantung guna hormon khinzir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVtWI9KwinmyDOxRc4A2tXKgp3gcIwmMLB0W7I9EuB0w_7tl7sdpOle6PU-C13ljkxj9LCQ4iJ5V1yzNRrHAZxfnfbXlP0QwuiQyivVwxsIW_BnOYtDiZdcbfY3FhFluBEq6dKTSXen4Y/s1600/babi_organik.jpgMohon penjelasan Majlis Fatwa ubat jantung guna hormon khinzir

SAYA ingin menyentuh mengenai tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan ini pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin sama ada bapanya sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.


Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.

Bagaimanapun bapa pengadu memilih untuk tidak mahu menerima saranan doktor tersebut walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk rawatan sakit jantung.

Memadangkan dakwaan tersebut mempunyai implikasi yang serius kepada umat Islam di atas penggunaan bahan yang bersumberkan babi/khinzir untuk tujuan perubatan, saya berpendapat adalah wajar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberi penerangan kepada umat Islam dalam perkara ini.

Ini termasuk mengeluarkan arahan melarang perkara tersebut jika ia jelas haram ke atas umat Islam.

Berdasarkan saranan doktor berkenaan, besar kemungkinan hormon babi/khinzir telah lama digunakan ke atas pesakit jantung tanpa mengira agama di serata dunia.

Bagaimanapun, mengikut surah Al-Baqarah ayat 173 bermaksud; "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampau batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Dalam hubungan ini saya memohon pihak Jakim dan Majlis fatwa Kebangsaan memberikan penjelasan demi kepentingan umat Islam. - KLN

No comments:

Post a Comment