Saturday, May 21, 2011

Tanda-tanda Awal Mengenali Fenomena Kepala Air...


Kejadian 3 beradik yang hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi.



Maksud kepla air kat wikipedia:

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Fenomena kepala air nie memang cukup bahaya, walau macam mana korang terer berenang pon mesti boleh mati lemas kalau panik.Ala2 tsunami kat kawasan air terjun la untuk senang korang bayangkan. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Titi Hayun kat tempat tinggal Budak Botak).


Contoh gambar tragedi kepala air..

 

No comments:

Post a Comment