Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: 16 terbunuh, Sembilan mangsa dipindahkan ke wad biasa

24 buried alive in landslide at orphanage
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.



Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

24 buried alive in landslide at orphanagePasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.



Sembilan mangsa dipindahkan ke wad biasa

24 buried alive in landslide at orphanage
Sembilan mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang sebelum ini dirawat di unit kecemasan Hospital Ampang telah dipindahkan ke wad biasa.


"Semua sudah dipindahkan ke wad (biasa) ataupun menjalani pembedahan di Dewan Bedah, namun jumlahnya tidak dapat dipastikan berapa yang ke wad dan berapa yang mula dibedah," kata petugas di unit kecemasan hospital itu.


Menurut petugas itu, operasi menerima mangsa dari kejadian tanah runtuh itu sudah dihentikan memandangkan semua mangsa yang tertimbus telah ditemui.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam di rumah anak-anak yatim itu.

Enam belas mangsa terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan mangsa yang terperangkap pula selamat.

Ketika kejadian, mangsa berada di bawah sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung pukul 5 petang.
24 buried alive in landslide at orphanage
Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.

Sementara itu, di perkarangan jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di mana mayat mangsa korban tragedi dihantar bagi bedah siasat, pula dipenuhi dengan ahli keluarga, waris dan saudara-mara mangsa. MK




No comments:

Post a Comment